ANJING DIJADIKAN MENU DALAM <b>MAKANAN DI</b> BALI - Blog Makanan di Kelantan |
- ANJING DIJADIKAN MENU DALAM <b>MAKANAN DI</b> BALI
- RAKYAT MARHAEN: Apa makna kangkung Najib?
- Penulisan dan Kewartawanan ~KIAS~: <b>Kelantan</b> Syurga <b>Makanan</b>
ANJING DIJADIKAN MENU DALAM <b>MAKANAN DI</b> BALI Posted: 10 Jan 2014 11:53 PM PST Anjing-anjing Ini Bakal Dijadikan Menu Makanan Di Bali | Michele Morbidelli, seorang wartawan yang berasal dari Itali yang menghabiskan masa 15 tahun terakhirnya memburu foto dan berita lingkungan hidup di Indonesia, melaporkan sebuah pekara yang, membimbangkan sekaligus menyedihkan yang ia lihat. Michele dengan nada getir menceritakan pengalamannya melihat dan membuat liputan perdagangan anjing di Indonesia. Yang ia laporkan ini sepertinya adalah pekara yang biasa kerana pasti anda berfikir anjing-anjing tersebut akan dijadikan haiwan peliharaan. Anda salah, kerana anjing-anjing ini dijual untuk dijadikan makanan manusia! Di Bali, ia melihat dengan mata kasar betapa kejamnya perdagangan anjing untuk dijadikan makanan manusia khususnya di Klungkung dan Singaraja. Anjing-anjing tersebut ditangkap dan diikat dengan kejam serta diangkut dengan menggunakan bas untuk dihantar ke pembeli. Lebih kejam lagi, haiwan-haiwan sahabat manusia yang sudah tidak berdaya ini diikat dan diletak diatap bas yang panas! |
RAKYAT MARHAEN: Apa makna kangkung Najib? Posted: 18 Jan 2014 09:35 PM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai. Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik. Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung. Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik. Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan. Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh. Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat. Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri. Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat. Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur. "Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata. Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak. Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang PRU13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP. Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing. Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah." Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH. Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil." Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat. Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan. Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya. |
Penulisan dan Kewartawanan ~KIAS~: <b>Kelantan</b> Syurga <b>Makanan</b> Posted: 15 Dec 2011 09:56 PM PST Nuraisyah bt Ab.Manan SY1075 Assalamualaikum w.b.t.. Negeri Kelantan sudah sinonim dengan nama-nama makanan yang tidak biasa didengar. Sebagai pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS) sekaligus anda telah menjadi salah seorang dari beratus ribu penduduk negeri Kelantan. Haruslah kita mengenali dan merasai kenikmatan makanan-makanan di negeri Kelantan. Untuk penduduk negeri lain, jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini. Kaya Dengan Juadah Tradisi Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Talib, Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang 'eksotik' namanya namun itulah hakikat betapa hebatnya aneka makanan tradisi negeri ini yang tidak akan kita jumpa di tempat lain. Kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan sebenarnya juga merupakan produk yang boleh dijual atas nama pelancongan sebagai daya tarikan melawat negeri ini. Dengan kekuatan tarikan makanan dan kebudayaan ditambah dengan sikap ramah dan mudah mesra masyarakat Kelantan, negeri ini sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara, katanya. Sebagai contoh, Pesta Makanan Kelantan 2009 yang diadakan selama empat hari bermula 12 Mac lepas adalah bukti betapa kayanya masyarakat di negeri ini dengan pelbagai jenis makanan. Pendek kata, Kelantan sememangnya tersohor sebagai negeri yang mempunyai keunikan dan kepelbagaian makanan tersendiri. Acara anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV itu menyaksikan penyertaan daripada 24 agensi dan pengusaha makanan dari Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, Sarawak dan Thailand. Rambang Mata Dengan Makanan Kelantan Festival makanan itu yang merupakan wadah penting untuk mempamer keunikan makanan turut menyaksikan lebih 200 jenis makanan dijual. Antaranya kuih tradisi Kelantan, kek lapis Sarawak, rendang tok, lemang periuk kera, ayam percik, lauk-pauk dan pelbagai jenis nasi dan pengat. Turut menjadi hidangan istimewa di pesta itu ialah nasi uduk ayam solor dari Kelantan yang dipanggang dengan batang tebu sehingga menghasilkan rasa manis pada isi ayam itu. Pada asalnya ia selalu dihasilkan menggunakan daging itik, tetapi diubah kepada ayam kerana lebih digemari ramai. Pelbagai makanan tradisi bermacam rasa dan bentuk seperti cek mek molek, jala mas, akok, puteri mandi, pulut bakar, buah tanjung dan ketupat sotong juga merupakan antara yang mewarnai kemeriahan pesta makanan kali ini. Pengunjung pesta makanan ini pasti rambang mata melihat keunikan pelbagai jenis makanan termasuk hidangan nasi berwarna-warni yang dihasilkan dalam aneka bentuk dan rupa serta dihias cantik hingga terkecur lidah memandangnya. Apa yang pasti, pesta makanan ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelancong yang teruja dan ingin melihat serta merasai sendiri keunikan dan kepelbagaian makanan tempatan. Menikmati Enaknya Makanan Kelantan Pihak Pelancongan Kelantan juga mengambil kesempatan mempromosi pesta itu dengan menjemput wartawan media cetak dan elektronik membuat liputan kepelbagaian dan kemewahan makanan mereka baru-baru ini. Pada lawatan selama tiga hari di Kelantan itu, para wartawan yang kebanyakannya dari Kuala Lumpur, didedahkan dan disajikan dengan pelbagai makanan yang enak dan manis belaka seperti kerabu jantung pisang, sambal pauh, serunding, kelapa jeli malah kepada pelbagai jenis kuih-muih. Di Kota Baharu sahaja misalnya, banyak lagi lokasi yang boleh dikunjungi untuk terus menikmati juadah istimewa seperti itu dengan harga yang cukup murah. Pergilah ke medan selera Buluh Kubu di sini yang kaya dengan beraneka jenis juadah atau ke pasar lama Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB). Pengunjung juga boleh mencuba 'steamboat istimewa' di Food Village, yang menawarkan pengalaman berbeza apabila pengunjung bukan sahaja mencelup makanan mentah di dalam sup tetapi juga dalam masa yang sama boleh membakar daging secara terus di atasnya. Membeli- belah Secara Tawar Menawar Tidak lengkap kunjungan ke sini sekiranya tidak mengambil peluang mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah yang merupakan pasar paling terkenal di Kelantan. Jika gemar membeli barangan secara tawar-menawar, di sinilah tempatnya yang harus anda tujui. Kompleks tiga tingkat ini dikatakan menjadi lambang kegigihan wanita Kelantan berniaga dan di sini dipenuhi pelbagai jenis keropok, kraftangan dan batik yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan di antaranya kain ela, pakaian, topi dan rantai kunci selain pelbagai jenis makanan tradisi. Pasar ini beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga 7 malam. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual-beli apabila masuk waktu sembahyang selama 15 minit bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat. Turut menjadi destinasi kunjungan ialah Wakaf Che Yeh yang merupakan satu daripada tarikan utama sesiapa juga ke Kota Baharu. Pasar yang beroperasi mulai lepas Maghrib itu turut menjual pelbagai barangan termasuk makanan, batik dan kasut dengan harga yang cukup murah. Berdasarkan apa yang dipaparkan, jelas Kelantan mempunyai keunikannya tersendiri, kepelbagaian makanan dan budi bahasa penduduknya yang tinggi, melengkapkan negeri ini sebagai mutiara di Pantai Timur. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "ANJING DIJADIKAN MENU DALAM MAKANAN DI BALI - Blog Makanan di Kelantan"