6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search |
- Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>
- Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>
- Budu - <b>Makanan Tradisional Kelantan</b> - anizyn
Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b> Posted: 13 Dec 2015 11:47 PM PST KUIH AKOK Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain. KUIH JALA MAS Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan tradisional Kelantan yang lemak manis dihasilkn dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. KUIH LOMPAT TIKAM Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini, Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih. KUIH BUNGA TANJUNG Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya. KUIH ASAM GUMPAL Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. PULUT BAKAR Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di Pantai Barat. KUIH BUTIR NANGKA Sejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam namun ianya ada kelainan dari segi pembuatan dan tekstur buah nangkanya yang berwarna warni. LEMPOK DURIAN Sejenis makanan santai yang kelihatan seakan-akan dodol dan lempok yang paling popular ialah lempok durian. CEK MEK MOLEK Kuih yang berbentuk bujur seperti bola ragbi dan didalamnya berintikan gula cair yang memang best kalau dimakan waktu panas-panas. |
Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b> Posted: 19 Nov 2015 11:21 PM PST Pilihan tempat menarik sekitar bandar Kota Bharu. Seandainya anda ke Kelantan, dan singgah di Kota Bharu; cuba luangkan masa untuk singgah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang ada di sana. Ikuti catatan ringkas saya bersama famili yang bercuti tanpa rancang ke Kelantan, dan menyenaraikan antara tempat menarik pilihan kami sekitar Kota Bharu. Percutian holiday getaway kami memang tidak dirancang. Semuanya kerana anak-anak merasa bosan berada terperuk di rumah. Jadi, tanpa fikir panjang ... saya dan isteri bersepakat membawa anak-anak bercuti hujung minggu ke Kelantan, walaupun terpaksa memandu selama lebih 4 jam dari Parit Buntar, Perak menuju Kota Bharu, Kelantan. 7 Pilihan Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Berapa Bajet Weekend Getaway ke Kota Bharu?Bajet kami sekeluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak) adalah kurang dari RM500. Secara kasarnya, bajet untuk penginapan RM150 semalam, dan alhamdulillah, kami dapat menginap di Holiday Villa Kota Bharu, yang berhadapan dengan Wakaf Che Yeh. Bajet untuk petrol kereta lebih kurang RM150 pergi dan balik. Dan ada baki RM200 untuk makan dan beli sedikit cenderahati. Ini bajet kasar mungkin lebih bergantung kepada saiz keluarga.Bajet untuk penginapan sebenarnya boleh dapat lebih murah dari RM150 semalam, lebih lebih lagi ada hotel bajet sekitar Wakaf Che Yeh yang boleh berikan harga RM50 semalam. Anda boleh baca kisah penginapan ini di entri berikut - Pengalaman Menginap di Holiday Villa, Kota Bharu Tempat-Tempat Menarik Sekitar Kota BharuOk, jom lihat senarai lokasi atau tempat menarik pilihan yang ada di sekitar Kota Bharu, Kelantan ini. In Sha Allah, ia akan kena dengan bajet anda.Wakaf Che YehTempat shopping yang amat galak bila malam menjelma. Orang ramai akan berpusu ke Wakaf Che Yeh menjelang petang, dan terdapat banyak barangan seperti kain batik, kain sarung, pelikat pants, seluar jeans pelbagai jenama, mainan kanak-kanak, aksesori kenderaan, pinggan mangkuk, kelengkapan bilik tidur, pakaian dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Di sini juga anda boleh dapat makanan tradisional Kelantan yang dijual di warung tepi jalan, dan juga kedai makan berhampiran. [Baca] Tips Cari Penginapan di Wakaf Che Yeh Muzium Adat Istiadat DirajaMuzium ini terletak di kawasan berdekatan pusat bandar Kota Bharu. Ia merupakan bangunan lama Istana Jahar yang menempatkan peralatan adat istiadat lama keluarga diraja Kelantan. Bahan pameran disusun mengikut tema, dan majlis tertentu seperti adat berkhatan, adat istiadat perkahwinan, adat naik buai, dan macam-macam lagi. Anda boleh memahami dengan lebih dekat budaya dan adat masyarakat di negeri Kelantan, khususnya kerabat diraja. Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah pada ketika itu.
Serius memang menarik. Harga tiket masuk ke muzium ini adalah RM2.00 dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Manakala untuk pelancong asing, dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Jadi, memang sangat berbaloilah dan antara sebab ia menjadi tempat menarik pilihan saya di Kota Bharu. Muzium Adat atau Istana Jahar ini agak besar, malah ada bahagian lain yang menempatkan bahan pameran khusus. Semasa saya dan keluarga ke sini, ada pameran mengenai Keris Melayu dibuat, anda boleh baca cerita dan lihat gambar menerusi entri ini - Kenali Keris Melayu di Muzium Adat Istana Jahar Kota Bharu Bank KerapuBank Kerapu atau dikenali sebagai Memorial Perang Dunia Kedua adalah merupakan tempat menarik yang patut anda kunjungi. Disebut sebagai Bank Kerapu kerana bangunan ini mempunyai dinding yang tidak licin dan menggerutu. Terletak berdekatan dengan Istana Jahar, ia menempatkan bahan sejarah perang dunia kedua, yang mana Kelantan mempunyai signifikasi khusus tentang sejarah pendudukan Jepun ketika itu. Di memorial ini, anda akan lebih mengetahui bagaimana Malaya mula dijajah oleh Jepun, dan melihat beberapa fakta sejarah dalam bentuk 'fizikal' yang dipamerkan. Muzium ini dibuka setiap hari kecual hari Jumaat, bermula jam 8:30 pagi, dan tutup pada jam 4:30 petang. Ia adalah antara tempat pilihan menarik untuk dikunjungi kerana masuk adalah percuma, dan anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang memberi impak cukup besar kepada negara. Muzium IslamMuzium Islam, satu lagi lokasi tempat menarik di Kota Bharu. Bangunan Muzium Islam ini adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di bandar Kota Bharu. la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan – Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agarna Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 hingga 15 Februari 1990 apabila Mafflis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh 1900-1920. Muzium Diraja Istana BatuIstana Batu. Agak pelik pada namanya, tetapi ia merupakan muzium yang amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong, penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat tentang kehidupan dan keluarga Di Raja Kelantan. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri. Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan. Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim (pada ketika itu). Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972. Tiket masuk ke Istana Batu ini adalah RM1.00 untuk dewasa, dan separuh harga untuk kanak-kanak. Jadi, ia memang berbaloi kalau nak dikunjungi. Kampung KraftanganKampung Kraftangan adalah merupakan tempat atau lokasi mesti pergi di Kota Bharu. Di sini tempatnya jika mahu mendapatkan pelbagai barangan berbentuk kraftangan produk negeri Kelantan. Ia juga merupakan lokasi popular untuk menjamu selera. Ada sebuah kedai makan yang sangat popular di Kampung Kraftangan iaitu Nasi Ulam Cikgu. Di Kampung Kraftangan ini juga letaknya Balai Getam Guri. Bersebelahan Kampung Kraftangan, disediakan sebuah tempat bagi pengunjung melihat bagaimana hasil kraf ini dihasilkan. Demonstrasi sulaman tradisional, tenunan songket, mencanting batik, kerja perak dan ukiran kayu dilakukan oleh tukang yang mahir. Produk yang dihasilkan oleh mereka juga dijual di sini. Ok, semua tempat menarik di atas terletak di dalam Zon Budaya Kota Bharu, dan anda boleh singgah ke semua lokasi menarik ini hanya dengan berjalan kaki daripada lapangan Istana jahar yang ada tempat meletak kenderaan yang luas. Jadi, anda dah jimat dari segi petrol untuk kenderaan, selain hampir semua tempat pilihan menarik yang saya sebutkan ini adalah percuma atau dikenakan caj minima. Memang bajet! Pasar Besar Siti KhadijahPasar Siti Khadijah. Tak sah kalau anda tak singgah di Pasar Besar Siti Khadijah ini. Antara lokasi dan tempat terakhir yang patut anda kunjungi jika ke Kota Bharu. Ada banyak ole-ole buatan Kelantan yang boleh didapati di sini. In Sha Allah, dengan bajet RM20 anda boleh dapat sesuatu yang tidak terjual di tempat lain. Jadi bagaimana dengan kisah dan pengalaman saya ini? Adakah ia memberikan input baik kepada anda untuk pergi bercuti holiday getaway dengan belanja cukup bajet? Kongsikan dengan kenalan, sedara mara mengenai artikel tempat menarik di Kota Bharu ini, dan pergilah bercuti. Ada banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi. In Sha Allah, saya akan kongsikan lebih banyak kisah percutian saya dan keluarga untuk bacaan dan rujukan anda. Sumber fakta - Come Come Kelantan |
Budu - <b>Makanan Tradisional Kelantan</b> - anizyn Posted: 24 May 2012 07:45 PM PDT Budu Kelantan Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis. Khasiat Budu Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Budu dan mempelam. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. Kelemahan Budu Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gaut. Sumber : http://mrsnorhobi.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"