Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

JuAngHinggaTiTisaN: Tahun Melawat Kelantan 2014... Serunding ... - Blog Makanan di Kelantan

JuAngHinggaTiTisaN: Tahun Melawat <b>Kelantan</b> 2014... Serunding <b>...</b> - Blog Makanan di Kelantan


JuAngHinggaTiTisaN: Tahun Melawat <b>Kelantan</b> 2014... Serunding <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 03:40 PM PST

 

KOTA BHARU:  Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, negeri Kelantan antara yang bakal dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam atau luar negara.

Keunikan negeri itu sama ada kawasan pelancongan, kraftangannya, makanannya antara yang menarik minat orang ramai ke negeri itu.

Sambal daging atau serunding antara produk yang dihasilkan oleh pengusaha di negeri itu bakal menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Pasar Besar Siti Khadijah tempat jualan pelbagai produk penduduk setempat, turut memasarkan serunding sama ada dari daging tempatan atau import.

Harga yang ditawarkan RM50 untuk daging import, manakala daging tempatan RM60 sekilogram.

Hasnah Lohman, 45, antara peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah yang menjual serunding disamping keropok, dodol, belembung buaya dan lain-lain lagi.

Beliau yang tingal di Kampung Terial Bunut susu berkata bukan sahaja pelancong dalam negeri, sebaliknya luar negara seperti dari Amerika, Indonesia, Singapura dan beberapa buah negara lagi sering mengunjungi kedainya untuk mendapatkan produk berkenaan.

"Sempena Tahun Melawat Malaysia, saya bersedia menyambut kedatangan pelancong luar negara terutama tempatan khususnya cuti perayaan Cina nanti dengan bekalan yang mencukupi.

"Semua peniaga di sini khususnya dit tingkat satu ini akan mendapat pulangan yang agak tinggi berbanding biasa diwaktu cuti umum,"ujarnya.

Hasnah yang memulakan perniagaan ketika masih belum berkahwin kira-kira 23 tahun lalu, kini dibantu suami Che Ilias Che Daud, 51.

Beliau mengakui pada hari biasa jualannya hanya mencecah RM100 hingga RM150.

Bagaimanapun, tambahnya bila cuti umum atau persekolahan jualannya meningkat RM350 sehari.

"Walaupun ianya jarang berlaku, namun ianya dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,"ujarnya.

Seruding daging juga boleh didapati di pasar-pasar besar sekitar negeri Kelantan, bukan hanya di Pasar Siti Khadijah sahaja. Contohnya di PASAR BESAR TUMPAT, PASAR BESAR WAKAF BAHRU, PASAR PASIR MAS dan pasar-pasar yang lain. :) 

0 Comment for "JuAngHinggaTiTisaN: Tahun Melawat Kelantan 2014... Serunding ... - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger