6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog - Blog Makanan di Kelantan |
- 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog
- KEDAI <b>MAKAN</b> BEST <b>DI KELANTAN</b>: Warung #Milo Tunggeng <b>...</b>
- 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search
- 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search
6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog Posted: 12 Feb 2014 03:16 PM PST بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini. |
KEDAI <b>MAKAN</b> BEST <b>DI KELANTAN</b>: Warung #Milo Tunggeng <b>...</b> Posted: 14 Feb 2014 09:08 PM PST Assalamualaikum. 'Warung' adalah nama standard bagi kedai kopi kecil di seluruh negara namun jika pengunjung bertandang ke Kelantan perkataan warung adalah sangat jarang digunakan, hanyalah kedai kopi atau kedai pat'ti sahaja yang dipertuturkan. Terdapat ratusan kedai pat'ti berselarakan di seluruh Kelantan dan kini kami membawa anda ke Warung Milo Tunggeng yang popular di kalangan warga Kota Bharu. Warung Milo Tunggeng ini terletak di Jalan Dusun 2 , Belakang Hospital Pakar Perdana dan Hotel Perdana . Jaraknya pula dari Pasar Siti Khadijah hanya lebih kurang 1 km yang mengambil masa 5 minit perjalanan.KLIK sini untuk paparan imej Google Maps dan koordinat GPSnya pula adalah 6.120431,102.242814 Pelik! Kenapa warung ini di namakan Warung Milo Tunggeng ?. Biarkan gambar yang berbicara. Warung ini diasaskan oleh arwah Abdullah bin Ali yang menjadikan produk minuman Milo dalam tin (Original)sebagai entiti minuman utama walaupun milo paket dijual pada harga yang lebih murah dan mudah. Namun di sini, kualiti milo tersebut menjadi keutamaan demi kepuasan pelanggan. Al-Fatihah. Kini legasi 20 tahun Milo Tunggeng, di teruskan oleh anaknya yakni Abang Man Milo Tunggeng yang bersedia melayan kunjungan anda. Namun, apa yang istimewanya premis ini? Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat Kelantan amat-amat suka untuk singgah di kedai pat'ti kerana di sini makanannya adalah murah dan siap bungkus kepada siapa yang lorat untuk bergegas ke pejabat. Menjimatkan masa. Makanan yang telah siap bungkus pula adalah berasal dari penduduk sekitar , yang mana aktiviti kedai pat'ti ini mewujudkan peluang ekonomi menang-menang sesama ummah. Di antara makanan yang di sediakan di sini adalah nasi berlauk ayam, daging, nasi lemak , nasi kampit , satay , nasi tumpang dan pelbagai kuih muih. Selain itu, di sebalik makanan yang sedap dan murah , kedai pat'ti juga merupakan stesen hebahan maklumat penting rakyat Kelantan, di mana kemesraan mereka berputik dari pelbagai agenda seperti isu sukan, isu politik malah skandal . Jadi tak hairanlah kebanyakan wartawan Sinar Harian , Harakah, Utusan dan sebagainya bertandang ke kedai pat'ti untuk cetusan idea penulisan mereka . Warung Milo Tunggeng ini beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat , ianya bermula pada pukul 6.30 pagi hingga 5.00 petang. Pasal harganya pula , adakah pengunjung mahu berkira-kira dengan harga makanan RM 1, RM2 dan RM3. Bagi kami, dengan bermodalkan RM5-RM6 sudah cukup memenuhkan ruang perut kami dengan nasi berlauk , milo tabur dan telur separuh masak . Alhamdulillah , penuh sarat dan sumber informasi pagi rakyat secara live . Wassalam. |
6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 11 Feb 2014 11:37 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 09 Feb 2014 11:01 PM PST Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam. Sharing is caring posted from Bloggeroid |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search - Blog - Blog Makanan di Kelantan"