Jalan-jalan, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - 1st Day - Blog Makanan di Kelantan |
- Jalan-jalan, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - 1st Day
- Jalan-jalan, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - 2nd Day
- 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Blog <b>Makanan di</b> Kuala Lumpur
Jalan-jalan, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - 1st Day Posted: 11 Mar 2014 01:02 AM PDT Assalammualaikum.. Kali ni nak share cerita holiday kami di Kelantan. Actually plan nak pergi Kelantan ni dah lama.. Sejak2 aku pindah Terengganu lagi aku memang teringin sangat nak ke Kelantan.. Sebab kat sana dapat shopping murah2 selain makanan dorang yang sedap... Tapi masa tak mengizinkan..Busy memanjang...Nak dipendekkan cerita, ada la officemate en hubby yang selalu jalan2 kat Kelantan ni, dan kebetulan wife dia kecik2 dulu duduk Kelantan, so dia tahu lah selok belok nak pergi shopping kat mana, makan kat mana... Wife dia pon memang baik dengan aku... So dia lah yang bawa kitorg pergi bercuti kat Kelantan ni... Terima kasih Kak Anis & husband... Walau pun tengah pregnant, tapi masih sudi ajak kami jalan2...hihii Ok la, dari Kerteh kami bergerak ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Pantai Timur... Actually lebuhraya ni masih belum siap 100%, sebab tu kalau guna GPS tak jumpa jalan ni.. Plaza tol pon tak siap lagi, so FREE la ye kalau lalu sini.. Aku masuk lebuhraya ni dari Paka... Cepat sikit la guna jalan ni, compare Jalan Pantai, jam dan banyak traffic light.. Perjalanan mengambil masa 4 jam lebih... Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dan sampai di Kota Bharu pada pukul 1.30 petang.... Jauh jugak Kota Bharu ni.. Kami terus ke hotel untuk rehat2 dan tidur dulu... Penat sangat..hihi...
Antara permandangan sepanjang perjalanan yang sempat dirakamkan..
Kami stay di Paloh Inn yang terletak di Wisma Nordin.. Walau pon hotel bajet, tapi berbaloi sangat.. Dengan harga RM100 semalam, dapat bilik ala-ala dorm.. Ada 3 katil bujang dan 1 katil queen... Sangat sesuai untuk family yang ramai anak... Pukul 3 petang, kami keluar untuk lunch.. Kami lunch di Medan Selera Stadium Kota Bharu... Plan nak cuba cendol pulut tapai, tapi tutup.. Maybe hari Jumaat kedainya tutup... So kami makan di Suriani Nasi Kukus.. Bagi aku makanan di Suriani Nasi Kukus ni biasa aja, tapi mahal jek lebih.. Nasi kukus + ayam + sotong seekor = RM8... Rasa biasa saja..hahaha Lepas lunch, kami ke Bazar Tok Guru... Cantik sangat bazar ni, dari jauh macam masjid.. Tapi tak banyak kedai yang buka sebab hari Jumaat, jadi kami cuma survey2 sahaja.. Lagi pon aku memang plan nak shopping di Rantau Panjang nanti.. Sebab ramai kata kat situ murah, so aku tak de mood nak beli apa2 lagi.. Malam pula, kami dinner di Yati Ayam Percik... Kami order Nasi Kerabu + Ayam Percik... perghhhh.. Memang sedap sangat.. Actually aku tak berapa minat makan nasi kerabu ni.. Tapi yang ni memang betul2 sedap... Tak sama macam nasi kerabu yang aku beli di JB... Ayam percik pula lain dari yang lain.. Selalu aku makan ayam percik, sos nya sos cili merah.. Tapi di sini sos putih pula.. Sos yang special dan sedap.. Pendek kata, aku bagi 5 bintang untuk makanan di Yati Ayam Percik ni... ;-)
Lepas dinner, kami meneruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh... Tempat ni ala-ala pasar malam.. Tapi besar dan banyak sangat barang dijual.. Aku macam biasa lah, tak beli apa2 sebab otak aku dah set nak shopping kat Rantau Panjang.. hihi.. Aku just beli freeze magnet.. Tapi kawan aku, sempat beli Toto Narita, dia cakap RM40 sahaja untuk King Size.. Bagi aku sangat murah tu.. Dia siap beli 3 lagi... Lagi satu, dia beli telekung Lycra, RM45 sahaja...
Ok lah, cukup untuk 1st day, kami pon balik ke hotel... Bersambung... klik sini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jalan-jalan, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - 2nd Day Posted: 11 Mar 2014 08:03 PM PDT Assalammualaikum... Cerita Jalan-jalan, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan diteruskan lagi untuk 2nd day.. Klik sini untuk baca cerita sebelumnya.. Pukul 8 pagi, kami dah keluar untuk breakfast di Kopitiam Kita.. Tempat ni memang famous giler di Kota Bharu ni.. Tapi nak diingatkan, memang kena datang seawal 8 pagi ya.. Sebab pukul 9 saja, banyak makanan dah habis dan silap2 kena queue kat luar sebab tak ada meja kosong.. hahaha... Ramai artis yang pernah datang sini.. Kita boleh tengok gambar2 yang dorang tampal kat dinding kedai.. Dato' Siti pon ada hokey...
Terkenal dengan Roti Titab nya yang sedap, roti yang diletakkan telur separuh masak di tengah dan kaya di 4 penjuru roti.. Ada orang tak boleh telan, tapi aku dan anak2 ok aja...
Selain roti titab, kat sini juga dorang himpunkan makanan terbaik di Kelantan ni.. Contoh, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk dan lain-lain.. Semua dah siap2 bungkus.. Makanan ni yang cepat habis kalau lambat, especially Nasi Tumpang... Nasi Tumpang ni adalah nasi impit.. Tapi yang menariknya, Nasi Tumpang ni dibungkus dalam daun pisang dan dibuat bentuk kon yang runcing.. Dalamnya dah siap2 diletakkan lauk dan serunding.. Memang sedap yang ini.. Mesti cuba ok.. Berebut2 orang ambil Nasi Tumpang ni...huhu.. Selain Nasi Tumpang, aku ada cuba Nasi Ayam Goreng, tapi rasanya biasa saja...huhu... Secara keseluruhan, breakfast di sini sangat sedap, aku bagi 5 bintang.. ;-)
Lepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang... Tak sabar2 aku nak shopping.. hahah... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit dari Kota Bharu ke Rantau Panjang... Macam biasa la, dah nama pon zon bebas cukai, mesti lah kena lalu kastam kan...
Sebelum bershopping, kami bergambar dulu di Sungai Golok... Seberang Sungai Golok ni dah masuk kawasan Thailand la... Meremang gak bulu roma aku kat sini.. Rasa macam kat kawasan perang.. Mana tak nya, setiap 5 minit, ada sorang askar akan lalu lalang kat situ untuk pantau sempadan ni.. Siap bawa senapang lagi.. Sama juga di sempadan Thailand, pon ada askar dorang yang buat rondaan... Takut tak?... hahaha... Tapi anak aku selambe jek, dia tegur askar tu.. Adik: Kenapa dia bawak senapang?.. Hahaha.. Mulia sungguh anak aku, bersangka baik pada semua orang... Tapi aku tengok, orang kat sini slambe jek keluar masuk Malaysia-Thailand.. Tak guna passport pon... huhu
Dah usha Sungai Golok, masa bershopping pula... Mula2 kami semua pergi ke kedai jual pinggan magkuk... Perghh.. Macam2 ada.... Kuali Tefal la, pinggan mangkuk la.. Harga hampir separuh dari harga pasaran.. Kawan aku beli la pinggan mangkuk, aku tak plan nak beli pon... Dapat juga laki aku beli mangkuk tingkat.. RM50 saja.. Kat kedai ni pon ada jual coklat, boleh la klo nak bagi officemate nanti...
Pastu baru kami shopping baju2.. Macam2 ada... Tapi banyak barang Siam.. Dah nama pon murah kan, so kualiti kureng la...haha.. Laki aku beli Jersey untuk dia, anak2 dan adik-beradik lelaki dia... murah2... Tapi Jersey ni pon ada grade tau... Yang bagus, mahal sikit la... Lepas tu, dia belikan baju anak2, baju otomen & upin ipin.. okey la untuk buat basahan... Aku pula, dapat beli tudung bawal RM25, baju2 kemeja & blouse RM22, kemeja jeans levis lelaki RM28, Jubah RM50... Baju2 budak pon aku dapat antara RM15 hingga RM18... Tapi memang panas la shopping kat sini, mandi peluh kitorang..hahah Lepas habis shopping, kitorg pergi makan kat Noor Restoran di dalam kawasan Zon Bebas Cukai ni jugak.. Ramai cakap Tom Yam nya sedap.. Ok, memang sedap pon.... Lepas makan, kitorang pon balik.. Tapi bila lalu kat Kastam, pegawai nya tak tanya apa pon.. Kalau dorang tanya 'beli apa?', cakap jek 'beli baju untuk pakai sendiri'.. Untuk elak kena tax ok... Ok la, selepas perabihkan duit di Rantau Panjang, kami balik ke Kota Bharu, tapi dalam perjalanan, kami singgah solat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau dikenali dengan nama Masjid Beijing).. Seriously, mula2 aku lalu, aku ingatkan tokong cina tadi.. Rupanya masjid... Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam.. Malamnya, kami dinner di Kahfi Tom Yam Seafood.. Makanan kat sini biasa2 saja.. Cuma yang specialnya, dorang ada jual belut... Kawan aku tu order sup belut, laki aku belut goreng.. Ok, aku pulak memang tak makan benda pelik2 ni... Tapi aku rasa sikit la.. Macam rasa ikan biasa jek.. hahahha...
Ok lah, cukup untuk 2nd day, lepas dinner, kami pon balik ke hotel dan rehat2.. Tak larat nak merayap lagi.. Kawan aku tu, masih meneruskan pencarian di Wakaf Che Yeh...huhu Bersambung lagi...klik sini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Blog <b>Makanan di</b> Kuala Lumpur Posted: 12 Mar 2014 01:38 PM PDT MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 Comment for "Jalan-jalan, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - 1st Day - Blog Makanan di Kelantan"
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam