Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - Blog Makanan di Kelantan

Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - Blog Makanan di Kelantan


Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b>

Posted: 11 Mar 2014 01:02 AM PDT

Assalammualaikum..

Kali ni nak share cerita holiday kami di Kelantan. Actually plan nak pergi Kelantan ni dah lama.. Sejak2 aku pindah Terengganu lagi aku memang teringin sangat nak ke Kelantan.. Sebab kat sana dapat shopping murah2 selain makanan dorang yang sedap... Tapi masa tak mengizinkan..Busy memanjang...Nak dipendekkan cerita, ada la officemate en hubby yang selalu jalan2 kat Kelantan ni, dan kebetulan wife dia kecik2 dulu duduk Kelantan, so dia tahu lah selok belok nak pergi shopping kat mana, makan kat mana... Wife dia pon memang baik dengan aku... So dia lah yang bawa kitorg pergi bercuti kat Kelantan ni... Terima kasih Kak Anis & husband... Walau pun tengah pregnant, tapi masih sudi ajak kami jalan2...hihii

Ok la, dari Kerteh kami bergerak ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Pantai Timur... Actually lebuhraya ni masih belum siap 100%, sebab tu kalau guna GPS tak jumpa jalan ni.. Plaza tol pon tak siap lagi, so FREE la ye kalau lalu sini.. Aku masuk lebuhraya ni dari Paka... Cepat sikit la guna jalan ni, compare Jalan Pantai, jam dan banyak traffic light.. Perjalanan mengambil masa 4 jam lebih... Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dan sampai di Kota Bharu pada pukul 1.30 petang.... Jauh jugak Kota Bharu ni.. Kami terus ke hotel untuk rehat2 dan tidur dulu... Penat sangat..hihi...

Kembara Kerteh - Kota Bharu

Antara permandangan sepanjang perjalanan yang sempat dirakamkan..
Pantai yang cantik.. turquoise
Di Pasir Puteh

Ada juga sawah padi di Kelantan

Sawah padi di Kelantan

Kami stay di Paloh Inn yang terletak di Wisma Nordin.. Walau pon hotel bajet, tapi berbaloi sangat.. Dengan harga RM100 semalam, dapat bilik ala-ala dorm.. Ada 3 katil bujang dan 1 katil queen... Sangat sesuai untuk family yang ramai anak...



Pukul 3 petang, kami keluar untuk lunch.. Kami lunch di Medan Selera Stadium Kota Bharu... Plan nak cuba cendol pulut tapai, tapi tutup.. Maybe hari Jumaat kedainya tutup... So kami makan di Suriani Nasi Kukus.. Bagi aku makanan di Suriani Nasi Kukus ni biasa aja, tapi mahal jek lebih.. Nasi kukus + ayam + sotong seekor = RM8... Rasa biasa saja..hahaha

Lepas lunch, kami ke Bazar Tok Guru... Cantik sangat bazar ni, dari jauh macam masjid.. Tapi tak banyak kedai yang buka sebab hari Jumaat, jadi kami cuma survey2 sahaja.. Lagi pon aku memang plan nak shopping di Rantau Panjang nanti.. Sebab ramai kata kat situ murah, so aku tak de mood nak beli apa2 lagi..

Malam pula, kami dinner di Yati Ayam Percik... Kami order Nasi Kerabu + Ayam Percik... perghhhh.. Memang sedap sangat.. Actually aku tak berapa minat makan nasi kerabu ni.. Tapi yang ni memang betul2 sedap... Tak sama macam nasi kerabu yang aku beli di JB... Ayam percik pula lain dari yang lain.. Selalu aku makan ayam percik, sos nya sos cili merah.. Tapi di sini sos putih pula.. Sos yang special dan sedap.. Pendek kata, aku bagi 5 bintang untuk makanan di Yati Ayam Percik ni... ;-)


Nasi Kerabu + Ayam Percik

Lepas dinner, kami meneruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh... Tempat ni ala-ala pasar malam.. Tapi besar dan banyak sangat barang dijual.. Aku macam biasa lah, tak beli apa2 sebab otak aku dah set nak shopping kat Rantau Panjang.. hihi.. Aku just beli freeze magnet.. Tapi kawan aku, sempat beli Toto Narita, dia cakap RM40 sahaja untuk King Size.. Bagi aku sangat murah tu.. Dia siap beli 3 lagi... Lagi satu, dia beli telekung Lycra, RM45 sahaja...
Wakaf Che Yeh

Ok lah, cukup untuk 1st day, kami pon balik ke hotel...

Bersambung... klik sini

KEDAI <b>MAKAN</b> BEST <b>DI KELANTAN</b>: Nasi #Lemak Kopi-O - 1 PAGI <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 02:38 AM PDT


Assalamualaikum,

Nasi lemak merupakan satu entiti makanan Melayu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia , tak kiralah India, Cina, Kadazan Dusun semua menggemarinya.  Malah mana-mana premis nasi lemak yang benar-benar sedap boleh menjadi kebanggaan masyarakat sekitarnya.

Hari ini kami memperkenalkan kepada anda Nasi Lemak Kopi-O 1 PAGI yang pastinya memberikan anda senyuman hingga ke tidur lena. Premis ini terletak hanya 200 meter dari HUSM Kubang Kerian di Jalan Sultanah Zainab 1, Kampung Demit yang dalam anggarann 15 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Bharu.

KLIK sini untuk rajah Google Maps dan GPS koordinatnya ialah 6.102786,102.280816 

Premis Nasi Lemak Kopi-O pukul 1 pagi amat unik kerana masa pengoperasiannya bermula pada pukul 1.00 PAGI. Pabila di tanyakan kepada pemilik premis ini yakni Abang Meor dan isteri , mereka menyatakan dengan rendah diri yang mereka ini orang baru dan dengan pembukaan awal pagi mereka pasti kurang mendapat saingan dan amat kena bagi premis mereka bagi memenuhi keperluan dan selera kakitangan dan pelawat HUSM malah sekalian masyarakat sekitarnya .
 
Namun, bagi kami yang merupakan pelanggan tetap Nasi Lemak Kopi-O sejak 4 tahun lalu, kami sememangnya sangat berselera dengan citarasa lembut manis pedas resepi rahsia sambalnya , lemak nasinya dan kurang masin ayam goreng celup tepungnya.... aduh!!  mengetar jiwa sesiapa yang menikmatinya.
Pada waktu kami mengadakan sesi fotografi ini yakni pada lebih kurang pukul 3.00 pagi, pelanggan tetap yang keras mata tak lena tidur masih lagi sedang rancak berdiskusi. Maklumlah persekitan premis yang bersih dan suasana malam yang agak dingin ditambah pula dengan kunyahan citarasa lembut pastinya bermacam-macam cerita timbul dari bertan-tan idea awal pagi.
Premis Nasi Lemak Kopi-O menyediakan asas menu yang cukup ringkas yakni nasi lemak + ayam goreng celup tepung hanya berharga RM5.00 sahaja. Jika mana-mana pelanggan yang inginkan penambahan lauk pauk seperti sambal sotong, sambal kerang , sambal sardin dan telur goreng , penambahan hanya pada harga pasaran bahan mentah masing-masing.

Nasi Lemak Kopi-O beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula pukul 1 PAGI hingga 7 pagi . Kadang kala ianya 'sold-out' lebih awal, oleh itu datanglah awal-awal lagi.

Kesimpulannya , kami cukup puas hati dengan citarasa makanan di sini, malah kami yakin, jika ada peluang dan masa yang lebih, pastinya perniagaan Abang Meor bersama isteri boleh pergi lebih jauh lagi. Insyaallah

0 Comment for "Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger