6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search |
- Blog Makanan di Kelantan: 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> <b>...</b>
- Uniknya Negeri <b>Kelantan</b> dengan '4 Days Trip' - CutiKelantan.com
- 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b>
Blog Makanan di Kelantan: 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 19 May 2014 03:37 AM PDT MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Uniknya Negeri <b>Kelantan</b> dengan '4 Days Trip' - CutiKelantan.com Posted: 28 May 2014 12:59 AM PDT Salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan. Baru-baru ini, saya berpeluang menyertai program 'Kelantan Unique FAM Trip 2014′. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (16 Mei hingga 19 Mei) ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Firefly. Apa yang dimaksudkan dengan FAM trip? 'FAM Trip' adalah singkatan bagi 'Familiarisation Trip', iaitu satu trip bertujuan mengenali negeri Kelantan Darul Naim menerusi keunikan produk pelancongan yang merangkumi elemen kebudayaan, warisan, sejarah, permainan tradisional, kraftangan, makanan tradisional, aktiviti masyarkat desa dan juga membeli belah. Kiranya semua keunikan negeri Kelantan dimasukkan dalam trip 4 hari 3 malam ini. Walaupun jadual trip 4 hari 3 malam agak padat, tetapi ia sangat menyeronokkan. Selain wakil CutiKelantan, turut serta dalam program ini adalah terdiri dari wakil dan pengamal media, agensi pelancongan serta wakil Tourism seluruh Malaysia, wartawan majalah pelancongan dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan. Walaupun saya warga Kelantan, namun hati tetap teruja untuk menyertainya disebabkan pelbagai aktiviti serta pengisian dan juga tempat-tempat menarik yang masih belum dilawati. Jadi, buat anda yang akan berkunjung ke Kelantan, itinerary 4 hari 3 malam ini boleh memberi anda idea untuk dimasukkan dalam jadual percutian and ke Kelantan. Jom ikuti travelog kami sepanjang program. Day 1 Hari pertama, kami berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Firefly di Lapangan Terbang Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejam kemudian. Sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh En Rosdi yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang program berlangsung. Hari pertama trip ini, kami menginap di Holiday Villa Hotel yang terletak berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh. ![]() Holiday Villa Hotel Pada sebelah petang pula, kami ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik Volkswagen Combi untuk menikmati rojak atau dalam dialek kelantan dipanggil 'colek' dan juga pelbagai lagi makanan goreng-goreng celup tepung. Lebih kurang 4 tahun saya tidak ke Pantai Sri Tujuh. Kunjungan kali ini semestinya saya berpeluang melihat persekitaran yang sudah berubah dengan banyak restoran dibuka disamping suasana lebih meriah dengan kedatangan warga tempatan yang ingin menikmati angin pantai yang mendamaikan. Jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bolehlah ke Pantai Sri Tujuh untuk bersiar-siar pada sebelah petang sambil menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Memang terbaik. ![]() Kami dibawa ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik ![]() Antara gerai ICT tepi muara di Pantai Sri Tujuh ![]() Pelbagai jenis makanan goreng-goreng celup tepung boleh didapati Usai makan ICT di Pantai Sri Tujuh, kami pulang ke hotel penginapan dan berehat. Pada sebelah malam pula, kami ke Taman Kelip-Kelip atau dinamakan Min House Camp. Min House Camp adalah sebuah kawasan perkampungan melayu Kelantan yang terletak di Kubang Kerian. Tarikan utama di sini adalah anda akan disajikan pemandangan dan suasana perkampungan melayu yang menarik terutamanya untuk melihat kelip-kelip bercahaya pada sebelah malam. Pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Lubuk Durian untuk melihat kelip-kelip bercahaya di sebalik deretan pokok bakau memang unik. Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana sedikit sahaja kelip-kelip muncul disebabkan hujan sebelum kami ke sana. Di sini juga terdapatnya perusahaan madu kelulut atau dipanggil madu Trigona. Min House Camp ini sangatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi untuk hari keluarga ataupun pelbagai kursus 'outdoor' secara berkumpulan. ![]() Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang ![]() Min House Camp ![]() Sampai sahaja di Min House Camp, terus menjamu selera nasi kerabu Kelantan. ![]() Peserta teruja menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip ![]() Madu kelulut yang diusahakan oleh pemilik Min House Camp Selesai di Taman Kelip-Kelip, kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk bersiar-siar menikmati persekitaran pasar malam yang paling tersohor di Kelantan. Juga dipanggil 'uptown Kota Bharu'. Ramai juga sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk membeli pakaian di pasar Wakaf Che Yeh. Malam sudah lewat, kami terus ke hotel penginapan dengan hanya berjalan kaki sahaja. ![]() Pasar Malam Wakaf Che Yeh Day 2 Di hari kedua, kami checkout dari Hotel Holiday Villa dan terus menuju ke beberapa destinasi produk pelancongan tempatan seperti Nordin Batik, Goldsmith Maker, Kelantan Art Gallery, Baulu & Akok Cottage Industry dan A. Rahman Kayu Kraf. ![]() Nordin Batik, antara nama yang popular dalam industri batik di Kelantan ![]() Selain batik, pelbagai barangan dijual di Wisma Nordin Batik Kota Bharu ![]() Kedai pembuat emas yang kami lawati ![]() Berpeluang melihat bagaimana proses membuat barangan perhiasan bermula dari melebur sehingga membentuk cincin emas. ![]() Rombongan seterusnya melawat Balai Seni Lukis Kelantan ![]() Antara foto yang menarik minat saya. Himpunan permainan tradisional Kelantan ![]() Lukisan abstrak. Pelbagai lagi hasil seni yang dipamerkan di dalam balai ini ![]() Melawat A. Rahman Kayukraf. Tukang membuat dan mereka bentuk ukiran kayu ![]() Contoh hasil seni ukiran di Rahman Kayukraft yang siap untuk dijual. Tiba waktu tengah hari, semua sudah tidak sabar untuk menjamu selera nasi kerabu ayam percik. Kami singgah 'lunch' di Warung Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Kelantan. ![]() Warung Yati Ayam Percik ![]() Nasi Kerabu Yati yang sungguh menyelerakan ![]() Ayam Percik dengan sosnya yang lemak berkrim. ![]() Selesai menjamu selera. Nampaknya semua peserta berpuas hati dengan rasa makanan di sini. Selepas selesai bersiar di sekitar Kota Bharu, rombongan kami terus menuju ke Tok Bali, Kelantan untuk menginap di resort Tok Aman Bali. Perjalanan memakan masa 45 minit dari Kota Bharu. Sebelum sampai di resort Tok Aman, kami singgah terlebih dahulu di Sudara Resort untuk jamuan 'Hi-Tea' dan beberapa aktiviti menarik di sana. ![]() Hi-Tea di Sudara Resort, kami disajikan dengan persembahan kebudayaan ![]() Antara makanan tradisional Kelantan di Sudara Resort. Semuanya sedap-sedap belaka ![]() Kami sampai di Tok Aman Bali Resort pada sebelah petang. Resort Tok Aman satu-satunya resort 4 bintang di Kelantan ![]() Aktiviti mandi-manda menjadi satu kemestian jika menginap di resort ini ![]() Buffet ikan bakar di Tok Aman Bali Resort Day 3 Selepas bersarapan pagi dan checkout di Tok Aman Bali, kami terus ke Kota Bharu untuk aktiviti 'fun ride' dengan mengayuh basikal sejauh 8 KM melawat beberapa kawasan pelancongan di sekitar Kota Bharu seperti Zon Pelancongan Kota Bharu, Kelantan Match Factory, Malay Village, Batik Industry, Cik Minah Songket dan Wau Maker. ![]() Sesi taklimat sebelum aktiviti kayuh basikal bermula ![]() Kami berpeluang melihat secara dekat proses menghasilkan kain batik secara tradisional ![]() Kilang mancis Kelantan. Rupanya masih beroperasi sehingga kini ![]() Mancis ini ada dijual dimana-mana. Kilangnya hanya di Kelantan ![]() Melawat Cik Minah Songket untuk melihat proses penghasilan kain songket ![]() Kedai Cik Minah Songket ![]() Mengunjungi Galeri Wau Pak Sapie ![]() Pelbagai jenis wau yang dihasilkan terdapat di galeri ini. ![]() Semua peserta 'enjoy' dengan aktiviti kayuhan walaupun agak kepenatan dengan terik mentari. ![]() Hilang haus apabila dapat minum air kelapa muda di Cikgu Garden Chalet ![]() Cikgu Garden Chalet. Homestay dengan suasana perkampungan melayu yang bersih dan menyegarkan. Lebih kurang jam 2 petang, peserta sudah keletihan dan kami terus check in di Hotel Perdana. Pada petang tersebut, kami di bawa ke PCB resort untuk jamuan Hi-Tea di samping menyaksikan acara tradisional masyarakat Kelantan iaitu Gasing Terbang dan Sepak Raga. ![]() Hari terakhir kami menginap di Hotel Perdana Kota Bharu yang bertaraf 5 bintang ![]() Pertunjukan gasing terbang di PCB Resort ![]() Aktiviti sepak raga dalam bulatan Pada sebelah malamnya pula, kami berpeluang merasai salah satu menu unik di Kelantan iaitu meggi ketam. Sebelum ini, saya sudah mencubanya di Tok Bali, kali ini kami ke Indra Tom Yam di Pasir Pekan. ![]() Restoran Indra Tom Yam Pasir Pekan yang menyedikan menu berasaskan ketam ![]() Meggi Ketam di Indra Tom Yam Selesai mengisi perut, rombongan melawat Galeri Wayang Kulit Pak Daim. Peserta berpeluang menyaksikan plot drama wayang kulit yang dimainkan di sini. ![]() Galeri Wayang Kulit Pak Daim ![]() Persembahan Wayang Kulit Usai aktiviti wayang kulit, semua sudah kepenatan dan terus balik ke Hotel Perdana untuk tidur. Day 4 Pada hari keempat iaitu hari terakhir trip ini, kami bersarapan di Hotel Perdana terlebih dahulu sebelum aktiviti terakhir iaitu melawat Pasar Siti Khadijah. ![]() Semua peserta sempat bergambar kenangan di Hotel Perdana Sebelum pulang, rombongan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk aktiviti membeli-belah. Lawatan ke Pasar Siti Khadijah pada hari terakhir memang sesuai memandangkan banyak juga barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai kenangan seperti pakaian, kain batik, kain sarung, keropok, dodol dan pelbagai lagi makanan kering. Cubalah juga menikmati pelbagai juadah kuih muih tradisional di tingkat 1 Pasar Siti Khadijah ataupun mencuba pelbagai jenis menu di medan selera tingkat 2. Antara menu kegemaran saya apabila berkunjung ke medan selera Pasar Siti Khadijah ialah mee celup, mee sup ataupun sup perut. Memang terbaik. ![]() Aneka kuih muih di Pasar Siti Khadijah. Sungguh menyelerakan ![]() Suasana di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah Selepas aktiviti membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, kami terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menaiki pesawat dan pulang ke destinasi masing-masing. Trip selama 4 hari 3 malam kali ini sememangnya memberi kepuasan kepada semua peserta. Rata-rata rakan yang saya temui mengakui bahawa Kelantan memang kaya dengan keunikannya yang tersendiri, yang tidak terdapat di negeri lain. Yang paling digemari, sudah tentulah aktiviti makan-makan dan membeli-belah. Penulis ingin merakamakan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Tourism Malaysia Kelantan serta syarikat penerbangan Firefly. Tak lupa En Rosdi sebagai Tourist Guide yang sentiasa melayan pelbagai karenah kami dan terima kasih juga kepada pihak Hotel Holiday Villa, Sudara Resort, Tok Aman Bali Resort, PCB Resort serta Hotel Perdana dengan servis hospitaliti yang sememangnya terbaik. ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b> Posted: 25 Apr 2014 11:03 PM PDT ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"