Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

KEDAI MAKAN BEST DI KELANTAN: #Maggi #Ketam Indra Tomyam ... - Blog Makanan di Kelantan

KEDAI <b>MAKAN</b> BEST <b>DI KELANTAN</b>: #Maggi #Ketam Indra Tomyam <b>...</b> - Blog Makanan di Kelantan


KEDAI <b>MAKAN</b> BEST <b>DI KELANTAN</b>: #Maggi #Ketam Indra Tomyam <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 01:59 AM PST


Assalamualaikum,

Setelah sekian lama mencari dan mencuba maggi ketam yang betul-betul memikat cita dan rasa , akhirnya kami jatuh hati dengan Maggi Ketam Indra Tomyam , Kampung Pasir Pekan yang menggiurkan.


Maggi Ketam Indra Tomyam terletak hanya di seberang Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit dari Pusat Bandar Kota Bharu. Pertama sekali , pengunjung mestilah menaiki Jambatan Sultan Yahya Petra I atau II,  kemudian buat pusingan U di bulatan Pasir Pekan kembali Kota Bharu. Anda akan dapat lihat sebuah stesen minyak di kiri jalan dan lebih kurang 150 meter di hadapan anda perlu mengambil susur keluar ke Kampung Pasir Pekan.  Pemanduan pastinya agak gelap(malam) untuk 400 meter kerana ia merupakan jalan yang masih baru.

KLIK sini untuk rajah Google Maps dan koordinat GPSnya adalah 6.122073,102.226635


Apa yang istimewanya premis Indra Tomyam ini?

Pabila melangkah masuk, sudah pastinya anda terasa nyaman dengan udara persekitaran kerana lalulintas amatlah tenang, maklumlah terletak di tengah-tengah kampung. Tambahan pula hiasan pokok pakis dan buluh hidup penuh menghiasi laman.

Seperkara lagi , pengunjung yang baru pertama kali datang di harap dapat menyesuaikan diri melihat pelanggan dengan tangan kiri kanan khusyuk menikmati hidangan kerana ianya adalah kebiasaan.


Cuba zoom untuk perbesarkan gelagat abang yang berada paling terkebelakang, ianya testimoni betapa pelanggan ini mengesyorkan anda untuk menikmati hidangan meggi ketam dan pelbagai masakan seafood yang sedia untuk dihidangkan. Menu-menu lain yang menjadi sebutan adalah ketam 3 rasa, mee udang, pelbagai jenis ikan stim seperti kerapu, siakap , merah , bawal dan sebagainya.

Berbicara tentang kesegaran ketam dan makanan laut di sini, usahlah dibimbangkan. Pemilik Indra Tomyam yang menamakan premis ini atas nama anaknya Indra yakni Abang Ju adalah merupakan salah seorang pembekal ketam nipah segar dari sungai. Tangkapan adalah harian.

Indra Tomyam memulakan operasi perniagaan pada pukul 1.30 tengahari hingga 1.30 pagi manakala hari cutinya tertakluk kepada persetujuan bersama kakitangannya.

Berkenaan dengan harga pula , untuk semangkuk berdiameter 8-9 inci maggi ketam biasa (standard) adalah RM20 yang berisi 2 ekor ketam sederhana atau 1 ekor ketam nipah bersaiz besar. Manakala untuk maggi ketam special pula RM25 dengan tambahan udang saiz X ke dalam hidangan. Sesungguhnya bagi kami harga ini adalah berpatutan memandangkan penggunaan ketam nipah yang hidup dengan citarasa dan persembahan yang baik.

Untuk tempahan meja hatta ketam mentah sekalipun sila hubungi , Abang Ju Indra Tomyam : 017-8874702

Wassalam

cc : Majlis Daerah Tumpat dan TNB Kelantan - Mohon sebatang dua lampu jalan di persimpangan susur keluar ke Kampung Pasir Pekan.

0 Comment for "KEDAI MAKAN BEST DI KELANTAN: #Maggi #Ketam Indra Tomyam ... - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger