6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search |
- 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b>
- Blog Makanan di Kelantan: 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> <b>...</b>
- Uniknya Negeri <b>Kelantan</b> dengan '4 Days Trip' - CutiKelantan.com
6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b> Posted: 08 Jun 2014 12:06 AM PDT ![]() |
Blog Makanan di Kelantan: 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 28 Apr 2014 03:35 PM PDT Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) ![]() |
Uniknya Negeri <b>Kelantan</b> dengan '4 Days Trip' - CutiKelantan.com Posted: 27 May 2014 12:00 AM PDT Salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan. Baru-baru ini, saya berpeluang menyertai program 'Kelantan Unique FAM Trip 2014′. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (16 Mei hingga 19 Mei) ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Firefly. Apa yang dimaksudkan dengan FAM trip? 'FAM Trip' adalah singkatan bagi 'Familiarisation Trip', iaitu satu trip bertujuan mengenali negeri Kelantan Darul Naim menerusi keunikan produk pelancongan yang merangkumi elemen kebudayaan, warisan, sejarah, permainan tradisional, kraftangan, makanan tradisional, aktiviti masyarkat desa dan juga membeli belah. Kiranya semua keunikan negeri Kelantan dimasukkan dalam trip 4 hari 3 malam ini. Walaupun jadual trip 4 hari 3 malam agak padat, tetapi ia sangat menyeronokkan. Selain wakil CutiKelantan, turut serta dalam program ini adalah terdiri dari wakil dan pengamal media, agensi pelancongan serta wakil Tourism seluruh Malaysia, wartawan majalah pelancongan dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan. Walaupun saya warga Kelantan, namun hati tetap teruja untuk menyertainya disebabkan pelbagai aktiviti serta pengisian dan juga tempat-tempat menarik yang masih belum dilawati. Jadi, buat anda yang akan berkunjung ke Kelantan, itinerary 4 hari 3 malam ini boleh memberi anda idea untuk dimasukkan dalam jadual percutian and ke Kelantan. Jom ikuti travelog kami sepanjang program. Day 1 Hari pertama, kami berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Firefly di Lapangan Terbang Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejam kemudian. Sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh En Rosdi yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang program berlangsung. Hari pertama trip ini, kami menginap di Holiday Villa Hotel yang terletak berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh. ![]() Holiday Villa Hotel Pada sebelah petang pula, kami ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik Volkswagen Combi untuk menikmati rojak atau dalam dialek kelantan dipanggil 'colek' dan juga pelbagai lagi makanan goreng-goreng celup tepung. Lebih kurang 4 tahun saya tidak ke Pantai Sri Tujuh. Kunjungan kali ini semestinya saya berpeluang melihat persekitaran yang sudah berubah dengan banyak restoran dibuka disamping suasana lebih meriah dengan kedatangan warga tempatan yang ingin menikmati angin pantai yang mendamaikan. Jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bolehlah ke Pantai Sri Tujuh untuk bersiar-siar pada sebelah petang sambil menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Memang terbaik. ![]() Kami dibawa ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik ![]() Antara gerai ICT tepi muara di Pantai Sri Tujuh ![]() Pelbagai jenis makanan goreng-goreng celup tepung boleh didapati Usai makan ICT di Pantai Sri Tujuh, kami pulang ke hotel penginapan dan berehat. Pada sebelah malam pula, kami ke Taman Kelip-Kelip atau dinamakan Min House Camp. Min House Camp adalah sebuah kawasan perkampungan melayu Kelantan yang terletak di Kubang Kerian. Tarikan utama di sini adalah anda akan disajikan pemandangan dan suasana perkampungan melayu yang menarik terutamanya untuk melihat kelip-kelip bercahaya pada sebelah malam. Pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Lubuk Durian untuk melihat kelip-kelip bercahaya di sebalik deretan pokok bakau memang unik. Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana sedikit sahaja kelip-kelip muncul disebabkan hujan sebelum kami ke sana. Di sini juga terdapatnya perusahaan madu kelulut atau dipanggil madu Trigona. Min House Camp ini sangatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi untuk hari keluarga ataupun pelbagai kursus 'outdoor' secara berkumpulan. ![]() Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang ![]() Min House Camp ![]() Sampai sahaja di Min House Camp, terus menjamu selera nasi kerabu Kelantan. ![]() Peserta teruja menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip ![]() Madu kelulut yang diusahakan oleh pemilik Min House Camp Selesai di Taman Kelip-Kelip, kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk bersiar-siar menikmati persekitaran pasar malam yang paling tersohor di Kelantan. Juga dipanggil 'uptown Kota Bharu'. Ramai juga sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk membeli pakaian di pasar Wakaf Che Yeh. Malam sudah lewat, kami terus ke hotel penginapan dengan hanya berjalan kaki sahaja. ![]() Pasar Malam Wakaf Che Yeh Day 2 Di hari kedua, kami checkout dari Hotel Holiday Villa dan terus menuju ke beberapa destinasi produk pelancongan tempatan seperti Nordin Batik, Goldsmith Maker, Kelantan Art Gallery, Baulu & Akok Cottage Industry dan A. Rahman Kayu Kraf. ![]() Nordin Batik, antara nama yang popular dalam industri batik di Kelantan ![]() Selain batik, pelbagai barangan dijual di Wisma Nordin Batik Kota Bharu ![]() Kedai pembuat emas yang kami lawati ![]() Berpeluang melihat bagaimana proses membuat barangan perhiasan bermula dari melebur sehingga membentuk cincin emas. ![]() Rombongan seterusnya melawat Balai Seni Lukis Kelantan ![]() Antara foto yang menarik minat saya. Himpunan permainan tradisional Kelantan ![]() Lukisan abstrak. Pelbagai lagi hasil seni yang dipamerkan di dalam balai ini ![]() Melawat A. Rahman Kayukraf. Tukang membuat dan mereka bentuk ukiran kayu ![]() Contoh hasil seni ukiran di Rahman Kayukraft yang siap untuk dijual. Tiba waktu tengah hari, semua sudah tidak sabar untuk menjamu selera nasi kerabu ayam percik. Kami singgah 'lunch' di Warung Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Kelantan. ![]() Warung Yati Ayam Percik ![]() Nasi Kerabu Yati yang sungguh menyelerakan ![]() Ayam Percik dengan sosnya yang lemak berkrim. ![]() Selesai menjamu selera. Nampaknya semua peserta berpuas hati dengan rasa makanan di sini. Selepas selesai bersiar di sekitar Kota Bharu, rombongan kami terus menuju ke Tok Bali, Kelantan untuk menginap di resort Tok Aman Bali. Perjalanan memakan masa 45 minit dari Kota Bharu. Sebelum sampai di resort Tok Aman, kami singgah terlebih dahulu di Sudara Resort untuk jamuan 'Hi-Tea' dan beberapa aktiviti menarik di sana. ![]() Hi-Tea di Sudara Resort, kami disajikan dengan persembahan kebudayaan ![]() Antara makanan tradisional Kelantan di Sudara Resort. Semuanya sedap-sedap belaka ![]() Kami sampai di Tok Aman Bali Resort pada sebelah petang. Resort Tok Aman satu-satunya resort 4 bintang di Kelantan ![]() Aktiviti mandi-manda menjadi satu kemestian jika menginap di resort ini ![]() Buffet ikan bakar di Tok Aman Bali Resort Day 3 Selepas bersarapan pagi dan checkout di Tok Aman Bali, kami terus ke Kota Bharu untuk aktiviti 'fun ride' dengan mengayuh basikal sejauh 8 KM melawat beberapa kawasan pelancongan di sekitar Kota Bharu seperti Zon Pelancongan Kota Bharu, Kelantan Match Factory, Malay Village, Batik Industry, Cik Minah Songket dan Wau Maker. ![]() Sesi taklimat sebelum aktiviti kayuh basikal bermula ![]() Kami berpeluang melihat secara dekat proses menghasilkan kain batik secara tradisional ![]() Kilang mancis Kelantan. Rupanya masih beroperasi sehingga kini ![]() Mancis ini ada dijual dimana-mana. Kilangnya hanya di Kelantan ![]() Melawat Cik Minah Songket untuk melihat proses penghasilan kain songket ![]() Kedai Cik Minah Songket ![]() Mengunjungi Galeri Wau Pak Sapie ![]() Pelbagai jenis wau yang dihasilkan terdapat di galeri ini. ![]() Semua peserta 'enjoy' dengan aktiviti kayuhan walaupun agak kepenatan dengan terik mentari. ![]() Hilang haus apabila dapat minum air kelapa muda di Cikgu Garden Chalet ![]() Cikgu Garden Chalet. Homestay dengan suasana perkampungan melayu yang bersih dan menyegarkan. Lebih kurang jam 2 petang, peserta sudah keletihan dan kami terus check in di Hotel Perdana. Pada petang tersebut, kami di bawa ke PCB resort untuk jamuan Hi-Tea di samping menyaksikan acara tradisional masyarakat Kelantan iaitu Gasing Terbang dan Sepak Raga. ![]() Hari terakhir kami menginap di Hotel Perdana Kota Bharu yang bertaraf 5 bintang ![]() Pertunjukan gasing terbang di PCB Resort ![]() Aktiviti sepak raga dalam bulatan Pada sebelah malamnya pula, kami berpeluang merasai salah satu menu unik di Kelantan iaitu meggi ketam. Sebelum ini, saya sudah mencubanya di Tok Bali, kali ini kami ke Indra Tom Yam di Pasir Pekan. ![]() Restoran Indra Tom Yam Pasir Pekan yang menyedikan menu berasaskan ketam ![]() Meggi Ketam di Indra Tom Yam Selesai mengisi perut, rombongan melawat Galeri Wayang Kulit Pak Daim. Peserta berpeluang menyaksikan plot drama wayang kulit yang dimainkan di sini. ![]() Galeri Wayang Kulit Pak Daim ![]() Persembahan Wayang Kulit Usai aktiviti wayang kulit, semua sudah kepenatan dan terus balik ke Hotel Perdana untuk tidur. Day 4 Pada hari keempat iaitu hari terakhir trip ini, kami bersarapan di Hotel Perdana terlebih dahulu sebelum aktiviti terakhir iaitu melawat Pasar Siti Khadijah. ![]() Semua peserta sempat bergambar kenangan di Hotel Perdana Sebelum pulang, rombongan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk aktiviti membeli-belah. Lawatan ke Pasar Siti Khadijah pada hari terakhir memang sesuai memandangkan banyak juga barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai kenangan seperti pakaian, kain batik, kain sarung, keropok, dodol dan pelbagai lagi makanan kering. Cubalah juga menikmati pelbagai juadah kuih muih tradisional di tingkat 1 Pasar Siti Khadijah ataupun mencuba pelbagai jenis menu di medan selera tingkat 2. Antara menu kegemaran saya apabila berkunjung ke medan selera Pasar Siti Khadijah ialah mee celup, mee sup ataupun sup perut. Memang terbaik. ![]() Aneka kuih muih di Pasar Siti Khadijah. Sungguh menyelerakan ![]() Suasana di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah Selepas aktiviti membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, kami terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menaiki pesawat dan pulang ke destinasi masing-masing. Trip selama 4 hari 3 malam kali ini sememangnya memberi kepuasan kepada semua peserta. Rata-rata rakan yang saya temui mengakui bahawa Kelantan memang kaya dengan keunikannya yang tersendiri, yang tidak terdapat di negeri lain. Yang paling digemari, sudah tentulah aktiviti makan-makan dan membeli-belah. Penulis ingin merakamakan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Tourism Malaysia Kelantan serta syarikat penerbangan Firefly. Tak lupa En Rosdi sebagai Tourist Guide yang sentiasa melayan pelbagai karenah kami dan terima kasih juga kepada pihak Hotel Holiday Villa, Sudara Resort, Tok Aman Bali Resort, PCB Resort serta Hotel Perdana dengan servis hospitaliti yang sememangnya terbaik. ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"