MKN Cuba Sampaikan Bekalan <b>Makanan Di Kelantan</b> | News Plus - Blog Makanan di Kelantan |
- MKN Cuba Sampaikan Bekalan <b>Makanan Di Kelantan</b> | News Plus
- 52 kontena bekalan <b>makanan</b>, keperluan asas <b>...</b> - Hambali Abdullah
- Bekalan <b>Makanan</b> Untuk Keluarga <b>Di Kelantan</b> | Dkna Abza
- Kedahkini: TERKINI! BANJIR <b>DI KELANTAN</b> SEMAKIN BURUK
- helikopter pdrm terhempas dalam misi bantuan banji... - Kedahkini
- musibah banjir- nasi campur <b>makanan</b> paling mahal <b>dikelantan</b>
MKN Cuba Sampaikan Bekalan <b>Makanan Di Kelantan</b> | News Plus Posted: 24 Dec 2014 03:18 AM PST Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara sedang berusaha menghantar bantuan bekalan makanan ke Gua Musang dan Manik Urai. Ia selepas jalan darat terputus hubungan ekoran air naik manakala cuaca tidak menentu menyukarkan penggunaan helikopter. |
52 kontena bekalan <b>makanan</b>, keperluan asas <b>...</b> - Hambali Abdullah Posted: 01 Jan 2015 06:51 AM PST KOTA BHARU: Biro Kebajikan UMNO sudah mengagihkan 52 kontena berisi barangan makanan dan keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir di Kelantan. Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia melibatkan semua 14 kawasan Parlimen di negeri ini. "Sekarang dari segi bekalan makanan tak ada masalah, tak ada yang kebulur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini. Terdahulu, beliau melawat dua anggota polis yang cedera selepas sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah semalam ketika melakukan misi. Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membantu penduduk yang terjejas banjir dalam mengharungi fasa pasca banjir ini termasuk membersihkan kediaman penduduk. Katanya lagi, semua pemimpin perlu bersatu dalam memastikan kebajikan rakyat di Kelantan terjamin. Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya kini sedang mengumpul sukarelawan dalam kalangan atlet untuk melakukan kerja pembersihan di kediaman dan pusat-pusat latihan sukan terjejas. Ia akan dimulakan di Kelantan dan Terengganu sebelum diteruskan ke Pahang dan Johor, katanya selepas menghadiri program Atlet Prihatin: Sumbangan Mangsa Banjir di MSN hari ini. |
Bekalan <b>Makanan</b> Untuk Keluarga <b>Di Kelantan</b> | Dkna Abza Posted: 29 Dec 2014 06:39 AM PST Dalam situasi camni kita boleh nampak siapa yang sudi bantu kita, siapa yang hanya bermuka-muka depan kita. Ditanya macam mana bekalkan makanan kat kampung, tapi sampai hari ni..hampa. Bukan kami menagih stok makanan dari keluarga lain, cuma kami ingin dapatkan sedikit info untuk hantar bekalan ke kampung. Semalam... kami berusaha untuk hantar bekalan ke kampung bila Ma bagitau stok makanan makin kurang, anak-anak saudara dah kena catu makan. Nak kena jimat sebab tak tau sampai bila keadaan banjir ini berlarutan. Yeaaa.. rumah di kampung tak banjir tapi kalau kawasan sekeliling dah tenggelam air, mana nak cari makanan? Kebanyakan kedai runcit pun dah habis stok makanan. Musim hujan, memang perut sentiasa lapar. Tambahan lagi kalau budak-budak, apa yang dorang tau kena catu makan. Bila lapar, nak makan..itu jer yang faham. Kita, dewasa.. kemungkinan boleh ikat perut tapi yang dah berumur, perlu makan ikut waktu sebab nak makan ubat. Perut mesti diisi.. erm.. allahauakbar. Tak terluah dengan kata-kata bila kenangkan keadaan di tempat banjir. Alhamdulilah... ada hamba Allah sudi hulurkan bantuan kepada kami untuk hantar bekalan makanan kepada keluarga. Bantuan untuk hantar terus ke rumah dkna di kampung. InshaAllah... esok bekalan ni sampai untuk keluarga disana. Semoga mangsa banjir yang lain dapat bantuan makanan secepat mungkin. Moga Allah berikan kekuatan dan semangat kepada mereka untuk teruskan kehidupan. Sabarlah wahai saudaraku..sabarlah... |
Kedahkini: TERKINI! BANJIR <b>DI KELANTAN</b> SEMAKIN BURUK Posted: 23 Dec 2014 05:13 PM PST Keadaan banjir di Kelantan KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin. Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama. Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri. Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan. Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah. Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya. Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini. Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa. Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307), Kota Bharu (86), Machang (68). Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan. |
helikopter pdrm terhempas dalam misi bantuan banji... - Kedahkini Posted: 31 Dec 2014 05:43 AM PST Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah Penduduk gempar lihat helikopter terhempas Penduduk Kampung Rambai gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu. Beberapa saksi yang ditemui Bernama berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat. Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan. "Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya. "Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu. Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening. "Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya. Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah. "Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar. Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri. "Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya. Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu. "Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat. "Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama Sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan di Tanah Merah, menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Tanah Merah. KUALA LUMPUR, 31 Disember: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya. "Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat. "Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat," katanya. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang. "Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. "Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah," katanya. Read more: sumber #bah2014: Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai,Tanah Merah telah mengalami kemalangan di kawasan perumahan Kursial,Tanah Merah Kelantan lewat pukul 6 petang tadi.Kini, empat mangsa yang cerdera terdiri daripada juruterbang dan krew sedang dirawat di Hospital Tanah Merah serta berada dalam keadaan selamat. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya. |
musibah banjir- nasi campur <b>makanan</b> paling mahal <b>dikelantan</b> Posted: 01 Jan 2015 07:00 PM PST |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "MKN Cuba Sampaikan Bekalan Makanan Di Kelantan | News Plus - Blog Makanan di Kelantan"