Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search


Kisah Tatie : <b>MAKANAN TRADISI</b> RAKYAT <b>KELANTAN</b> YANG

Posted: 15 Dec 2014 03:30 PM PST

Masa aku ke Kelantan tempoh hari, ada beberapa orang yang pesan kalau pergi Kelantan, jangan miss satu pun makanan Kelantan. Kalau tak menyesal bila sampai Kulompo, teringat-ingat kat makanan tu. Benarkah? Apa yang istimewa sangat makanan di negeri cik Siti Wan Kembang ni sampai ada yang cakap, "Setiap kali ke sana je mesti naik berat badan". Terus aku jadi takut nak ke sana. Hahaha.

Tapi ramai yang salah anggap. Diorang ingat 'naik badan' tu disebabkan kemanisan yang terdapat dalam setiap makanan yang ada kat sana. 10% aku setuju sebab manis dan sebab lain adalah negeri Kelantan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan memikat selera.

Sungguh !!! Melangkah kaki ke negeri ini, buat aku rambang mata dan 'tamak'. Nak makan itu, nak makan ini.. Nak rasa itu, nak rasa ini.. Eh, semualah aku nak makan. Balik menangis sebab berat bertambah. Kwang, kwang, kwang. T_T

Dan hari ni, aku pula nak ajak korang try makanan-makanan tradisi Kelantan. Siap sedialah korang. Hahaha. By the way, ini baru separuh tau. Banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak larat aku nak try. 

MAKANAN KELANTAN

1) Kuih Tepung Gomak 

__________________________________

2) Budu

__________________________________

3) Kuih Buah Tanjung

__________________________________

4) Nasi Kerabu & Ayam Bakar

__________________________________

5) Maggi Ketam

__________________________________

6) Nasi Tumpang 

__________________________________

7) Sira Ubi 

__________________________________

8) Cili Percik

__________________________________

9) Tahi Itik & Buah Tanjung

__________________________________

10) Labu Sira

__________________________________

11) Pulut Bakar 

__________________________________

12) Pulut Ikan dan Kelapa

__________________________________

13) Bubur Syura Kelantan

__________________________________

14) Kosui

__________________________________

15) Lompat Tikam

__________________________________

16) Akok

__________________________________

17) Etok

__________________________________

18) Nasi Dagang

__________________________________

19) Coleq

__________________________________

Haaa, ini baru 19 jenis dan ada banyak lagi makanan Kelantan. Kalau nak tahu selebihnya, kenalah datang Kelantan. Memang confirmlah terliur. Semuanya sedap dan pelbagai rasa. Kalau datang sehari dua pun, belum tentu dapat cover kesemua makanan di negeri Kelantan.

"Beli, Beli ..."

______________________________

Ini adalah sebahagian dari trip Sahabat Media ke Negeri Kelantan. Kisah Tatie mengucapkan ribuan terima kasih kepada majalah Santai Travel dan Tourism Malaysia Kelantan kerana sudi menjemput KT untuk menyertai trip ini. 

OMBAK73: <b>MAKANAN TRADISI KELANTAN</b> SAMBAL BELACAN

Posted: 16 Feb 2015 11:42 PM PST

OMBAK73: MAKANAN TRADISI KELANTAN SAMBAL BELACAN

MAKANAN TRADISI KELANTAN SAMBAL BELACAN

Apabila sebut sambal belacan pasti kecur air liur dan membuat perut menjadi lapar serta merta. Sambal Belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Orang Melayu dan sambal belacan memang tidak boleh dipisahkan malah ada yang tidak berselera makan jika tidak ada sambal belacan.Ia merupakan penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman seperti jering, petai, pucuk ubi rebus, bendi rebus dan sebagainya asal usul tidak dipastikan dan tiada kajian..mungkin dari zaman kerajaan melaka dahulu!!!

Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garamdan sedikit gula.sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.
Bahan bahan untuk membuat sambal belacan ialah cili besar,cili padi,buah tomato,belacan,asam jawa,garam,gula,limau nipis manakala cara membuatnya ialah tumbuk cili padi dan belacan.lepas tu masukan cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. campurkan garam dan gula secukup rasa. kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.
Cadangan hidangan ia sesuai dan sedap di makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun, Ikan Bakar Tawar .tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan(kecur air liur dah) ha ha ha
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger