Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search


Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2015 11:11 PM PST


Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain. Ada yang kata tambahan pulut itu adalah pengaruh dari Siam yang tak boleh berpisah daripada makanan berasaskan pulut.

Lompat tikam adalah makanan yang menjadi kesukaan ramai di Kelantan dan di makan tidak mengira masa. Di Kelantan ia di jual dalam bungkusan plastik dan sangat murah harganya jika di bandingkan dengan tempat lain. Kalau kat kampung ita di Kota Bahru anda masih boleh lagi membeli dengan harga 50 sen sahaja.. murah kan? tak pelik lah jika sampai aje ke Kota Bahru ini dululah yang di cari oleh suami ita.

Semalam ita hidangkan suami dengan makanan kesukaannya.. kata orang tua-tua.. kalau nak suami sayang kat kita.. kena jaga perut dia dulu... isilah perut suami dengan makanan kesukaannya sampai kembung.. haha pas tu mesti dia tak cari lain.. hihi betul ke? ya lah sebab perut dah buncit tak ada orang nak.. haha

Sebenarnya ita tergoda dengan lompat tikam yang di sediakan Cik Manggis. Tik tok.. tik tok.. air liur menitik atas keybord.. aduh.. dengan berkilat-kilatnya dia.. di tambah lelehan air gula Melaka tu.. pergh.. memang tak boleh tahan di buatnya.. menikam terus ke kalbu..  

Resepi ni ita masak ikut cara ita ya.. Ita kukus adunan hijau tu dan ita guna santan yang cair aje untuk adunan hijau dan ita letakkan sedikit garam supaya rasa lemak. Ikut resepi asal cuma masak atas dapur. Tapi ita masak kejap aje.. sampai dia berwap aje.. pas tu ita kukus. Anda boleh ikut mana-mana cara yang di rasakan sesuai.

LOMPAT TIKAM KELANTAN

Resepi Oleh : Cik Manggis

Adunan Hijau

1 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

3 1/2 cawan air ~ ita guna santan cair aje

6 helai daun pandan

secubit garam

Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis

Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. Ita tambah secubit garam

Kemudian di tapis

Masukkan dalam periuk dan masak hingga berwap.

Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit

Angkat dan biarkan sejuk

Kalau tak nak kukus masak sampai pekat dengan api perlahan. Jangan lupa untuk senantiasa kacau supaya adunan tidak berbintil-bintil. Ita malas nak kacau lama tu yg ita kukus terus.

Adunan Putih / Kepala santan

1/2 cawan santan pekat

1 cawan air

secubit garam

2 sudu besar tepung beras

1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau

Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan ni tak pekat ya.. kalau nak pekat lebihkan tepung beras.

Sirap Gula Melaka

1/2 cawan gula merah

1 buku gula Melaka ~ ita tambah

1 cawan air

sehelai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat

Angkat setelah masak dan tapis

Pulut Merah

1 cawan pulut

sedikit pewarna merah

1 cawan air atau santan cair

secubit garam

sehelai daun pandan ~ di simpul

Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan air hingga kembang

Kemudian cuci dan dan bilas bersih

Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit garam. 

Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak. Boleh juga di kukus

Cara menghidangnya, potongkan adunan hijau dan letakkan dalam mangkuk

Letakkan pula adunan putih atau kepala santan 

Kemudian hiaskan dengan pulut merah

Akhir sekali curahkan air gula Melaka

Apa tunggu lagi.. jom kita makan..

0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger