30,000 Kit <b>Makanan</b> Untuk Mangsa Banjir <b>Di Kelantan</b> | MYNEWSHUB - Blog Makanan di Kelantan |
- 30,000 Kit <b>Makanan</b> Untuk Mangsa Banjir <b>Di Kelantan</b> | MYNEWSHUB
- Older Post - 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>
- Older Post - 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>
30,000 Kit <b>Makanan</b> Untuk Mangsa Banjir <b>Di Kelantan</b> | MYNEWSHUB Posted: 08 Dec 2015 12:38 AM PST KOTA BAHARU – Sebanyak 30,000 kit makanan disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mangsa banjir di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha. Beliau berkata kit itu yang bernilai RM70 setiap satu mengandungi makanan segera, biskut, roti, susu dan minuman untuk selama tiga hari. Sebahagian besar kit tersebut telah dihantar ke pangkalan hadapan di seluruh negeri, katanya. "Kita juga bersedia untuk menambah kit makanan bagi menampung keperluan semasa banjir di Kelantan," katanya. Makhtar berkata persiapan lain yang dilakukan ialah menambah jumlah anggota sukarelawan kepada 4,000 orang berbanding 3,000 orang tahun lepas. – BERNAMA ![]() |
Older Post - 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b> Posted: 13 Dec 2015 11:47 PM PST KUIH AKOK Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain. KUIH JALA MAS Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan tradisional Kelantan yang lemak manis dihasilkn dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. KUIH LOMPAT TIKAM Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini, Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih. KUIH BUNGA TANJUNG Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya. KUIH ASAM GUMPAL Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. PULUT BAKAR Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di Pantai Barat. KUIH BUTIR NANGKA Sejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam namun ianya ada kelainan dari segi pembuatan dan tekstur buah nangkanya yang berwarna warni. LEMPOK DURIAN Sejenis makanan santai yang kelihatan seakan-akan dodol dan lempok yang paling popular ialah lempok durian. CEK MEK MOLEK Kuih yang berbentuk bujur seperti bola ragbi dan didalamnya berintikan gula cair yang memang best kalau dimakan waktu panas-panas. ![]() |
Older Post - 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b> Posted: 19 Nov 2015 11:21 PM PST Pilihan tempat menarik sekitar bandar Kota Bharu. Seandainya anda ke Kelantan, dan singgah di Kota Bharu; cuba luangkan masa untuk singgah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang ada di sana. Ikuti catatan ringkas saya bersama famili yang bercuti tanpa rancang ke Kelantan, dan menyenaraikan antara tempat menarik pilihan kami sekitar Kota Bharu. Percutian holiday getaway kami memang tidak dirancang. Semuanya kerana anak-anak merasa bosan berada terperuk di rumah. Jadi, tanpa fikir panjang ... saya dan isteri bersepakat membawa anak-anak bercuti hujung minggu ke Kelantan, walaupun terpaksa memandu selama lebih 4 jam dari Parit Buntar, Perak menuju Kota Bharu, Kelantan. 7 Pilihan Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu Berapa Bajet Weekend Getaway ke Kota Bharu?Bajet kami sekeluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak) adalah kurang dari RM500. Secara kasarnya, bajet untuk penginapan RM150 semalam, dan alhamdulillah, kami dapat menginap di Holiday Villa Kota Bharu, yang berhadapan dengan Wakaf Che Yeh. Bajet untuk petrol kereta lebih kurang RM150 pergi dan balik. Dan ada baki RM200 untuk makan dan beli sedikit cenderahati. Ini bajet kasar mungkin lebih bergantung kepada saiz keluarga.Bajet untuk penginapan sebenarnya boleh dapat lebih murah dari RM150 semalam, lebih lebih lagi ada hotel bajet sekitar Wakaf Che Yeh yang boleh berikan harga RM50 semalam. Anda boleh baca kisah penginapan ini di entri berikut - Pengalaman Menginap di Holiday Villa, Kota Bharu Tempat-Tempat Menarik Sekitar Kota BharuOk, jom lihat senarai lokasi atau tempat menarik pilihan yang ada di sekitar Kota Bharu, Kelantan ini. In Sha Allah, ia akan kena dengan bajet anda.Wakaf Che Yeh [Baca] Tips Cari Penginapan di Wakaf Che Yeh Muzium Adat Istiadat Diraja Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah pada ketika itu. Bank Kerapu Di memorial ini, anda akan lebih mengetahui bagaimana Malaya mula dijajah oleh Jepun, dan melihat beberapa fakta sejarah dalam bentuk 'fizikal' yang dipamerkan. Muzium Islam la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan – Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agarna Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 hingga 15 Februari 1990 apabila Mafflis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh 1900-1920. Muzium Diraja Istana Batu Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan. Tiket masuk ke Istana Batu ini adalah RM1.00 untuk dewasa, dan separuh harga untuk kanak-kanak. Jadi, ia memang berbaloi kalau nak dikunjungi. Kampung Kraftangan Di Kampung Kraftangan ini juga letaknya Balai Getam Guri. Bersebelahan Kampung Kraftangan, disediakan sebuah tempat bagi pengunjung melihat bagaimana hasil kraf ini dihasilkan. Demonstrasi sulaman tradisional, tenunan songket, mencanting batik, kerja perak dan ukiran kayu dilakukan oleh tukang yang mahir. Produk yang dihasilkan oleh mereka juga dijual di sini. Ok, semua tempat menarik di atas terletak di dalam Zon Budaya Kota Bharu, dan anda boleh singgah ke semua lokasi menarik ini hanya dengan berjalan kaki daripada lapangan Istana jahar yang ada tempat meletak kenderaan yang luas. Jadi, anda dah jimat dari segi petrol untuk kenderaan, selain hampir semua tempat pilihan menarik yang saya sebutkan ini adalah percuma atau dikenakan caj minima. Memang bajet! Pasar Besar Siti Khadijah Jadi bagaimana dengan kisah dan pengalaman saya ini? Adakah ia memberikan input baik kepada anda untuk pergi bercuti holiday getaway dengan belanja cukup bajet? Kongsikan dengan kenalan, sedara mara mengenai artikel tempat menarik di Kota Bharu ini, dan pergilah bercuti. Ada banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi. In Sha Allah, saya akan kongsikan lebih banyak kisah percutian saya dan keluarga untuk bacaan dan rujukan anda. Sumber fakta - Come Come Kelantan ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kelantan - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "30,000 Kit Makanan Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan | MYNEWSHUB - Blog Makanan di Kelantan"