6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search |
<b>makanan</b>: <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>KELANTAN</b> Posted: 25 Dec 2013 06:40 PM PST Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera... Apabila bercakap mengenai warisan negeri diseluruh Malaysia, sudah semestinya disetiap negeri itu akan ada sesuatu yang istimewa mengenai negeri tersebut. Di mana, keistimewaan itulah yang akan menjadi simbolik dan suatu tarikan kepada masyarakat sekeliling. Disetiap negeri diseluruh negara terutamanya negara kita pasti mempunyai sesuatu yang melambangkan keistimewaannya sebagai, contoh di setiap negeri akan ada satu jenis makanan warisan yang hanya terdapat di negeri tersebut itu. Sebagai contoh, di negeri KELANTAN atau suatu masa dulu juga dikenali sebagai negeri Che Siti Wan Kembang. Di negeri Kelantan ini terdapat satu jenis makanan yang sangat sinonim dengan kegemaran masyarakatnya iaitu "Nasi Kerabu". Di mana didalam nasi kerabu ini antara bahan yang dimasukkan ialah "budu" dan ia dimakan bersama dengan ulam-ulaman. Uniknya makanan ini, ialah nasinya berwarna biru dan antara bahan-bahan lain yang dihidang bersama ialah lada sumbat,sambal ikan, isi kelapa yang digerong dan dikisar,dan terdapat beberapa jenis sayuran seperti kubis,timun batang dan tauge. Pada kebiasaannya, nasi kerabu dimakan bersama pelbagai lauk-pauk antaranya , ialah daging bakar,ayam bakar,ikan yang bersalut tepung dan macam-macam lagi. Ia juga sesuai dijamah pada bila-bila masa sahaja tidak kira siang ataupun malam. Jadi kepada anda yang tidak pernah merasai keenakan nasi kerabu ini, bolehlah mencubanya sendiri dan sudah pasti ianya tidak akan menghampakan anda semua. Dan kepada mereka yang bercadang untuk pergi ke negeri Kelantan, singgahlah sekejap dimana-mana gerai atau restoran yang ada menyediakan sajian ini untuk mencuba dan menikmati sendiri kelazatan makanan warisan negeri Che Siti Wan Kembang ini. Selamat mencuba!!!! Credit to:Siti Fatimah bt Che Mohd Saufi |
Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang Pelik Tapi Benar <b>...</b> Posted: 22 Jan 2014 05:50 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"