Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Cincin Belah Rotanku: <b>PELIK</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Kelantan |
- Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Cincin Belah Rotanku: <b>PELIK</b> <b>...</b>
- MMI : Cuaca SEJUK <b>Di</b> Malaysia Fenomena ANEH ?!
- BESUT POST: <b>Makanan</b>-<b>makanan Pelik</b>... (18PL)
- Blog <b>Makanan di</b> Sabah: <b>Pelik</b> Ikan Mola-mola muncul <b>di</b> Sandakan <b>...</b>
Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Cincin Belah Rotanku: <b>PELIK</b> <b>...</b> Posted: 20 Jan 2014 03:25 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai. Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik. Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung. Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik. Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan. Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh. Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat. Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri. Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat. Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur. "Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata. Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak. Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP. Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing. Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah." Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH. Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil." Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat. Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan. Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya. |
MMI : Cuaca SEJUK <b>Di</b> Malaysia Fenomena ANEH ?! Posted: 23 Jan 2014 07:30 PM PST MENGGAPAI MODAL INSAN Untuk Menegur Kita Mesti Sedia DiTegur,Untuk Mengajar kita Mesti Sedia Di Ajar,Untuk Merubah Kita Mesti Sedia Berubah..Hanya Kita Bukan Orang Lain Insyaallah Anak Bangsa Akan Terus Terbela.. |
BESUT POST: <b>Makanan</b>-<b>makanan Pelik</b>... (18PL) Posted: 19 Jan 2014 04:00 PM PST Sebelum baca selanjutnya, sila pastikan u olsss sudah kekenyangan makan yea hehe....U olsss pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - MAKAN' tak??? Antara lain lirik lagu tu ada sebut'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. Sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebuluran tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. Tapi, untuk kali ni ai nak bawa korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, ai memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi ai tak tahulah kalau u olsss sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...
2. Tikus 3. Kopi Luwak 4. Balut 5. Serangga 6. Hasma |
Blog <b>Makanan di</b> Sabah: <b>Pelik</b> Ikan Mola-mola muncul <b>di</b> Sandakan <b>...</b> Posted: 12 Jan 2014 12:33 AM PST Adakah masih ada di kalangan pemimpin PAS yang tak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Yakob menggantikan Nik Aziz? Adakah kepimpinan Ahmad Yakob lemah dan gagal mendapat sokogan padu dari pimpinan PAS peringkat negeri dan cawangan? Atau adakah penentang Ahmad Yakob sedang mengumpul kekuatan sehinggakan Nik Aziz terpaksa bersuara meredakan keadaan? Atau adakah akhbar tersilap petik dan gagal memahami maksud sebagaimana yang terjadi terhadap komen Datuk Mufti Kelantan dalam isu 'bughah' Harussani? Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ahli PAS beri sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub. Gambar fail. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua ahli PAS memberikan sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakub yang kini menjadi Menteri Besar Kelantan. "Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat," katanya mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan Malaysia. Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa. Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau yang jawab.Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya. "Daripada segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau," kata Nik Aziz dalam wawancara itu. Nik Aziz yang kini berumur 83 tahun pada 10 Januari lalu terpaksa hidup dengan beg plastik putih yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya. Difahamkan beg yang disediakan oleh hospital itu untuk menyalurkan air kencing, lapor Utusan. Ketika ditanya, bagaimana kesihatan beliau, Nik Aziz berkata:"Alhamdulillah." "Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. "Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana," katanya. Beg itu, katanya, perlu ditukar seminggu sekali di hospital atau doktor yang bertugas datang ke rumahnya. "Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tidak perlu tukar cuma kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari. Alhamdulillah, tidak menganggu saya beribadat," kata ulama yang sangat dihormati itu. – 12 Januari, 2014. - sumber |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Blog Makanan di Kelantan: Cincin Belah Rotanku: PELIK ... - Blog Makanan di Kelantan"