Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Zia Anis: <b>Makanan</b> best <b>di Kelantan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Kelantan |
- Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Zia Anis: <b>Makanan</b> best <b>di Kelantan</b> <b>...</b>
- 6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search
- Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di</b> Labuan - Blogger
Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Zia Anis: <b>Makanan</b> best <b>di Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 01 Feb 2014 03:43 AM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera, Rasanya sudah banyak pos mengenai jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan "sedap/best". Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan. Kuih Muih Kalau ke Kelantan dan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna. Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong, Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2 sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah petang macam tu banyak kuih dah habis… Laksa dan Laksam, Laksa Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam, dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri sambut YB,…dan lain-lain. Manakala laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Nasi kerabu Sebut nasi kerabu siapa tak kenal kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru) dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak "kick". Nasi Berlauk Di Kelantan juga anda akan dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan getah urat tapi disematkan paku….Ya…"real nail" yang buat rumah tu… Nasi Kukus Ni satu lagi nasi yang boleh menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus Zeeman dan Nasi Kukus Rizal. Nasi Ulam Nasi kampong yang dihidangkan bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus, dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah. Colek Colek memang terkenal dan makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan timun serta salad. Rasanya itu sahaja…Melanconglah di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan… Cheers, Zia Anis |
6c) <b>Makanan</b> tradisional <b>di Kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 22 Jan 2014 11:37 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
Keenakan Soto Labuan - Blog <b>Makanan di</b> Labuan - Blogger Posted: 01 Feb 2014 01:07 AM PST NIK Ahmad Farez Nik Gahazali bersama isterinya, Syarena Mohsin menunjukkan Chicken Chop RSE, salah satu hidangan istimewa di restoran mereka. KELANTAN sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis juadah dan masakan yang enak. Justeru itu, bukan mudah untuk memperkenalkan menu baru bagi menembusi pasaran dan selera rakyat di negeri ini. Namun seorang ahli perniagaan, Nik Ahmad Farez Nik Ghazali, 41, mencuba sesuatu yang berbeza dengan 'budaya' makanan masyarakat di negeri ini apabila memperkenalkan Soto Labuan dan Soto Brunei sebagai menu utama di Restoran Sauh Emas, Kota Bharu, Kelantan. Restoran yang terletak di Taman Uda Murni itu dibuka pada Ogos tahun lalu, serentak dengan umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan. Baginya, 1 Ramadan adalah tarikh yang amat sesuai untuk membuka restoran itu sejajar dengan bulan yang paling mulia di sisi Islam. Biarpun tidak sampai setahun dibuka, restoran itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Nik Ahmad Farez berkata, percubaan berani memperkenalkan makanan dari Borneo itu dibuat berdasarkan kebolehan isterinya, Syarena Mohsin, 40, yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. "Setiap kali mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran, isteri saya akan memasak kedua-dua jenis masakan ini dan ia mendapat pujian daripada rakan-rakan. "Daripada itu, timbul idea untuk membuka restoran ini, selain faktor keluarga saya yang sememangnya menjalankan bisnes berkaitan makanan," katanya kepada S2. Beliau yang sebelum ini terlibat dalam bidang agensi pelancongan terutama membawa jemaah umrah ke tanah suci Mekah telah mengambil keputusan nekad untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap perkembangan restoran tersebut. "Saya tekad untuk kembali ke kampung halaman selepas 22 tahun berada di Kuala Lumpur. Soto Labuan dan Soto Brunei adalah keistimewaan restoran kami yang mungkin tidak ada di restoran lain di bandar ini. "Setakat ini, alhamdulillah. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan ternyata orang di sini boleh menerima makanan dari negeri-negeri lain," ujarnya gembira. Katanya, keistimewaan Soto Labuan adalah ia dihasilkan daripada sup tulang dan menggunakan bihun Labuan yang agak berbeza daripada bihun yang biasa didapati di Kota Bahru. Sementara itu, katanya, Soto Brunei pula dihasilkan daripada sup daging dan bihun Labuan. "Di samping dua menu istimewa ini, kami juga memperkenalkan makanan barat kepada pelanggan iaitu Chicken Chop RSE yang menggunakan ramuan dan rempah istimewa. "Saya amat menitik beratkan kualiti makanan dan cara hidangan. Semua ini adalah hasil pengalaman saya melancong di merata tempat yang saya kutip dan perkenalkan di restoran ini. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Blog Makanan di Kelantan: Zia Anis: Makanan best di Kelantan ... - Blog Makanan di Kelantan"