Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

Restoran By-T #Laksam Special - kedai makan best di kelantan - Blog Makanan di Kelantan

Restoran By-T #Laksam Special - kedai <b>makan</b> best <b>di kelantan</b> - Blog Makanan di Kelantan


Restoran By-T #Laksam Special - kedai <b>makan</b> best <b>di kelantan</b>

Posted: 26 Jan 2014 07:59 PM PST


Assalamualaikum,

Laksam, anak Kelantan mana yang tak kenal laksam ?. Bagi kami , mengenali rasa laksam adalah sangat mudah tetapi membuatnya adalah payah. Kenapa kami berkata begitu?

Laksam merupakan suatu produk makanan yang masih menggunakan sepenuhnya kaedah tradisional, di mana tepung beras yang telah dibancuh sempurna dikukus di atas tudung periuk selama beberapa minit di dalam kukusan bertingkat pastinya mengambil masa untuk menyiapkannya. Tambahan kuahnya pula terdiri dari santan pekat dimasak bersama cebisan ikan yang direbus sempurna rasa. Sebab itulah laksam tiada nama lain di belakangnya. Laksam adalah laksam. Hanya di Kelantan.

Kali ini kami membawa anda ke sebuah kedai makan yakni Restoran By-T Laksam Special di Jalan Panchor-Panji (Jalan Raja Perempuan Zainab II)  , Pengkalan Chepa . Lokasi restoran ini adalah lebih kurang 9 km dari Lapangan terbang Sultan Ismail Petra dimana pengunjung perlu menempuhi jalan kawasan Perindustrian Padang Tembak.

KLIK sini untuk lokasi Google Map dan titik GPSnya adalah 6.13216,102.303676

By-T Laksam adalah suatu nama yang agak pelik. Namun setelah sejam di premis ini, sempatlah kami menanyakan akan asal usulnya. Pemilik premis ini adalah Puan Suriana bt Hamzah . Beliau menyatakan bahawa nama By-T ini, diambil sempena anak sulung pertama mereka iaitu Siti Nor Baiti bt Zamri . Satu nama yang cantik. Kak Na telah menjalankan perniagaan laksam ini selama 18 tahun.


Sejurus kami menjalankan sesi fotografi, premis ini dikunjungi oleh seorang pegawai polis trafik yang memperkenalkan laksam By-T kepada pegawai atasannya. Kami sungguh teruja dan bila ditanya kepada Kak Na akan senario ini, Kak Na hanya tersenyum merendah diri. Kak Na menceritakan bahawa suatu ketika dahulu orang dari istana pun pernah menempah laksam untuk santapan Tuanku Sultan Ismail Petra Al-Sultan Kelantan . Selain itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah mengirimnya tatkala rasa mulut ingin nikmati laksam. Kami pun jua turut tersenyum.
Ditanya akan apakah resepi untuk menjadikan kuah lemak laksam begitu berjeliro . KaK Na hanya menjawab 'Kuahnya yang sederhana pekat , extra santan dan extra ikan , pastikan ianya segar' . Itu saja . Manakala ikan yang paling sedap untuk kuah adalah ikan selayang .

Restoran By-T Laksam Special ini memulakan operasi setiap hari kecuali Sabtu manakala waktu operasinya adalah bermula pada pukul 2.00 petang hingga 10.30 malam. Harga laksam special (telur puyuh dan sambal daging) adalah RM 3.50 manakala biasa adalah RM2.50 .

Selain dari laksam , pengunjung juga boleh membuat pilihan untuk menikmati Laksa Kelantan Kuah Lemak, Laksa Penang dan Nasi Kerabu.

Kami pasti jika anda membawa anak kecil menikmmati laksam pastinya mereka adalah orang yang paling gembira. Slllrrruupppp!!

Wassalam  

Blog <b>Makanan di Kelantan</b>: Kelantan Import 40% Bekalan Makanan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 03:37 PM PST

KOTA BHARU – Kelantan terpaksa mengimport 40 peratus bekalan makanan mentah seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung permintaan tinggi rakyat negeri itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kebergantungan terhadap bekalan bahan mentah dari negara seperti Thailand, Indonesia dan China, tidak dapat dielakkan memandangkan bekalan tidak mencukupi.

"Macam ikan, kita tahu kita masih bergantung kepada Thailand sebab kita tak mampu tampung permintaan tinggi dan yang penting kita juga nak jaga hubungan (Malaysia-Thailand)," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berkata kestabilan harga dapat diteruskan dengan menghapuskan peranan orang tengah seperti yang disarankan Kerajaan Persekutuan.

"RTC merupakan salah satu pusat yang tidak menggunakan khidmat orang tengah dan saya difahamkan di sini merupakan pusat jualan yang termurah di negeri Kelantan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Fama Wilayah Timur 1 dan RTC Kelantan Mohd Ariffin Awang berkata pihaknya akan membuka sekurang-kurangnya lima lagi pasar tani bagi memudahkan rakyat negeri ini membuat pilihan untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan.

"Setakat ini, kita dah ada 20 pasar tani di setiap jajahan dan akan ditambah daripada lima kawasan hingga 10 kawasan lagi, bagaimanapun kelangsungannya bergantung kepada keputusan kerajaan tempatan," katanya.

Beliau berkata Fama juga bercadang untuk menambah kawasan ladang kontrak bagi memastikan bekalan tempatan sentiasa mencukupi dan mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.

"Tahun lepas, kita mempunyai seluas 504 hektar kawasan ladang kontrak di seluruh negeri Kelantan, iaitu kedua terbesar di negara ini," katanya. – BERNAMA

Kelantan Import 40% Bekalan Makananhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310970_KB04_180114_HARGA_BARANG-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310970_KB04_180114_HARGA_BARANG-lpr-150x150.jpg18 January 2014 MyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Kelantan terpaksa mengimport 40 peratus bekalan makanan mentah seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung permintaan tinggi rakyat negeri itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kebergantungan terhadap bekalan bahan mentah dari negara seperti Thailand, Indonesia dan China, tidak dapat dielakkan memandangkan bekalan...

KOTA BHARU - Kelantan terpaksa mengimport 40 peratus bekalan makanan mentah seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung permintaan tinggi rakyat negeri itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kebergantungan terhadap bekalan bahan mentah dari negara seperti Thailand, Indonesia dan China, tidak dapat dielakkan memandangkan bekalan tidak mencukupi. "Macam ikan, kita tahu kita masih bergantung kepada Thailand sebab kita tak mampu tampung permintaan tinggi dan yang penting kita juga nak jaga hubungan (Malaysia-Thailand)," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini, hari ini. Mustapa berkata kestabilan harga dapat diteruskan dengan menghapuskan peranan orang tengah seperti yang disarankan Kerajaan Persekutuan. "RTC merupakan salah satu pusat yang tidak menggunakan khidmat orang tengah dan saya difahamkan di sini merupakan pusat jualan yang termurah di negeri Kelantan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)," katanya. Sementara itu, Pengarah Fama Wilayah Timur 1 dan RTC Kelantan Mohd Ariffin Awang berkata pihaknya akan membuka sekurang-kurangnya lima lagi pasar tani bagi memudahkan rakyat negeri ini membuat pilihan untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan. "Setakat ini, kita dah ada 20 pasar tani di setiap jajahan dan akan ditambah daripada lima kawasan hingga 10 kawasan lagi, bagaimanapun kelangsungannya bergantung kepada keputusan kerajaan tempatan," katanya. Beliau berkata Fama juga bercadang untuk menambah kawasan ladang kontrak bagi memastikan bekalan tempatan sentiasa mencukupi dan mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import. "Tahun lepas, kita mempunyai seluas 504 hektar kawasan ladang kontrak di seluruh negeri Kelantan, iaitu kedua terbesar di negara ini," katanya. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 Comment for "Restoran By-T #Laksam Special - kedai makan best di kelantan - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger