Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

Nasi #Lemak Kopi-O - kedai makan best di kelantan - Blogger - Blog Makanan di Kelantan

Nasi #Lemak Kopi-O - kedai <b>makan</b> best <b>di kelantan</b> - Blogger - Blog Makanan di Kelantan


Nasi #Lemak Kopi-O - kedai <b>makan</b> best <b>di kelantan</b> - Blogger

Posted: 12 Apr 2014 02:38 AM PDT


Assalamualaikum,

Nasi lemak merupakan satu entiti makanan Melayu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia , tak kiralah India, Cina, Kadazan Dusun semua menggemarinya.  Malah mana-mana premis nasi lemak yang benar-benar sedap boleh menjadi kebanggaan masyarakat sekitarnya.

Hari ini kami memperkenalkan kepada anda Nasi Lemak Kopi-O 1 PAGI yang pastinya memberikan anda senyuman hingga ke tidur lena. Premis ini terletak hanya 200 meter dari HUSM Kubang Kerian di Jalan Sultanah Zainab 1, Kampung Demit yang dalam anggarann 15 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Bharu.

KLIK sini untuk rajah Google Maps dan GPS koordinatnya ialah 6.102786,102.280816 

Premis Nasi Lemak Kopi-O pukul 1 pagi amat unik kerana masa pengoperasiannya bermula pada pukul 1.00 PAGI. Pabila di tanyakan kepada pemilik premis ini yakni Abang Meor dan isteri , mereka menyatakan dengan rendah diri yang mereka ini orang baru dan dengan pembukaan awal pagi mereka pasti kurang mendapat saingan dan amat kena bagi premis mereka bagi memenuhi keperluan dan selera kakitangan dan pelawat HUSM malah sekalian masyarakat sekitarnya .
 
Namun, bagi kami yang merupakan pelanggan tetap Nasi Lemak Kopi-O sejak 4 tahun lalu, kami sememangnya sangat berselera dengan citarasa lembut manis pedas resepi rahsia sambalnya , lemak nasinya dan kurang masin ayam goreng celup tepungnya.... aduh!!  mengetar jiwa sesiapa yang menikmatinya.
Pada waktu kami mengadakan sesi fotografi ini yakni pada lebih kurang pukul 3.00 pagi, pelanggan tetap yang keras mata tak lena tidur masih lagi sedang rancak berdiskusi. Maklumlah persekitan premis yang bersih dan suasana malam yang agak dingin ditambah pula dengan kunyahan citarasa lembut pastinya bermacam-macam cerita timbul dari bertan-tan idea awal pagi.
Premis Nasi Lemak Kopi-O menyediakan asas menu yang cukup ringkas yakni nasi lemak + ayam goreng celup tepung hanya berharga RM5.00 sahaja. Jika mana-mana pelanggan yang inginkan penambahan lauk pauk seperti sambal sotong, sambal kerang , sambal sardin dan telur goreng , penambahan hanya pada harga pasaran bahan mentah masing-masing.

Nasi Lemak Kopi-O beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula pukul 1 PAGI hingga 7 pagi . Kadang kala ianya 'sold-out' lebih awal, oleh itu datanglah awal-awal lagi.

Kesimpulannya , kami cukup puas hati dengan citarasa makanan di sini, malah kami yakin, jika ada peluang dan masa yang lebih, pastinya perniagaan Abang Meor bersama isteri boleh pergi lebih jauh lagi. Insyaallah

0 Comment for "Nasi #Lemak Kopi-O - kedai makan best di kelantan - Blogger - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger