Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - Blog Makanan di Kelantan |
Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> Posted: 14 Mar 2014 07:44 AM PDT Assalammualaikum... Cerita untuk last day, Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan diteruskan lagi...Klik sini untuk baca cerita sebelumnya.. Pukul 8.30 pagi, kami bergerak untuk breakfast di Kedai Kopi White House... Antara menu yang sempat disambar seperti Nasi Tumpang, Nasi Dagang dan Roti Bakar.. Tapi Nasi Tumpang tu kurang sedap dari yang di Kopitiam Kita... Nasi Dagang pulak, memang sedap sangat2... I like...
Kalau nak tahu, di sebelah Kedai Kopi White House ni, ada Gerbang Sultan Ismail Petra dan Istana Jahar. Istana Jahar ini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.. Ikutkan hati, teringin aku nak masuk dalam tu.. Aku memang suka melawat muzium ni.. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan..kui kui kui... Kat situ juga ada tapak untuk parking kereta.. Jadi tak ada masalah kalau nak breakfast di Kedai Kopi White House ni...
Lepas tu, kami terus bergerak ke Pasar Besar Siti Khadijah... Kat pasar ni, majority peniaganya adalah kaum perempuan... Macam2 barang dapur ada jual di sini.. Sempat en hubby beli keropok ikan cap ikan emas.. Kat sini pon ada jual ikan masin basah, yang dorang simpan dalam freeze.. Sedap tu buat masak kailan ikan masin.. Tapi pastikan suruh peniaga tu bungkus dan seal plastik tu.. Kalau tak nanti berbau satu kereta.. Selain tu, husband aku ada beli kurma kering dan kurma basah.. Aku memang dah lama cari kurma basah ni, tak tercekik kalau makan tau.. Akhirnya jumpa juga kat pasar ni.. Harga kurma kering RM8 per kg, manakala kurma basah RM12 per kg...
Okey, lepas dah habis shopping2, ada citer yang tak best pulak bila balik ke kereta... Tayar kereta kena clamp.. Patut la masa sampai tu, punya la senang kami dapat parking.. Yang member aku pulak, siap pusing 2 kali tak jumpa parking.. Rupanya kat situ tak boleh parking.. Memang salah kami la, sebab biasa parking kat Kota Bharu ni, ada meter parking kat situ.. Mula2 en husband memang perasan meter parking tak ada masa sampai tadi, tapi dia tak pikir apa la... Sebab kat situ tak ada double line atau signboard 'No Parking' ke.. Tetiba balik, kena saman pula.. Bukan kitorang aja yang kena, tapi 4 buah kereta.. Semua no plat luar hokey, W, K, J & W.. Siap sorang owner kereta ni cakap.."Saya orang Kelantan pon tak tahu tak boleh parking sini, bukan kita selalu datang sini"... Setengah jam jugak kami tunggu orang majlis datang untuk buka clamp tu... Ikutkan kami kena saman RM300.. Tapi pegawai majlis tu bagi bayar RM60... Tapi laki aku ada tegur dorang: Husband: Mana boleh macam ni bang, awak tak letak double line atau signboard cakap tak boleh parking sini.. Saya orang luar, mana lah saya tahu... Nasihat aku, make sure korang pastikan ada meter parking sebelum parking.. kedua, kepada pihak majlis pula, kalau dah tahu tempat parking lori, letak la signboard.. So tak ada la orang parking kat situ.. Kalau memang betul awak nak lancarkan lalu lintas kat sini, letakkan signboard.. Tapi kalau awak ada niat nak 'kutip' saman, tu 'ZALIM' namanya... Sabar jek la... selamat RM60.. Kalau RM300, mana nak cekau duit kan...
Dengan perasaan yang bengang, kami terus balik hotel.. Kemas2, rehat2... Pukul 1 check-out, kami terus menuju ke Bazar Tok Guru untuk shopping kali terakhir.. En husband nak beli jubah lelaki katanya... Aku pon nak cari blouse sebab tak puas hati dapat 2 helai saja di Rantau Panjang... Kat Bazar Tok Guru ni, lagi banyak pilihan untuk jubah dan tudung bawal tau.. Lagi best dari Rantau Panjang.. Sekali, tersangat la sakit hati, aku terjumpa sebijik jubah yang aku beli kat Rantau Panjang RM50.. Tapi sakit hati sebab kat Bazar ni cuma RM30 jek.. Hampeh... Tudung bawal pon lagi banyak pilihan dan latest design.. Cuma untuk blouse dan kemeja pompan, kat sini lebih mahal sebab peniaga cakap baju dorang buatan Malaysia, bukan buatan Siam.. Aku cuma sambar tudung bawal (agak banyak batu2), baru RM30... Lepas shopping di Bazar Tok Guru, kami ke Medan Selera Stadium Kota Bharu sebab nak rasa juga Cendol Pulut Tapai... Perghhh... Memang sedap hokey... Wajib cuba!!! Alang2 dah sampai situ, lunch sekali.. Dan tak ada pilihan pon, kami beli nasi kukus di Suriani Nasi Kukus.. Sebab gerainya sebelah2 jek.. Kali ini aku amik nasi + sotong 3 ketul (saiz sederhana kecil) + telur dadar = RM10... Mahal giler... Dah lah tak berapa sedap... Pakal aja perut dah lapar... fuhhhh... Lepas habis dinner, kami pon bergerak pulang ke Kerteh... Tips shopping di Kelantan: Tips ini berdasarkan pengalaman aku shopping di Rantau Panjang dan Bazar Tok Guru sahaja... Jika tidak setuju, tak apa... Ini sebagai panduan sahaja dan untuk jimatkan masa korang.. Takut kena situasi macam aku, Jubah yang aku beli di Rantau panjang RM50, boleh dapat RM30 di Bazar Tok Guru... huhuhu Jubah - Murah dan banyak pilihan di Bazar Tok Guru Ok lah...secara keseluruhan, aku happy sangat holiday di Kelantan ni... Makan sedap, shopping murah... Memang terbaik... Ada rezeki, kami nak datang lagi... In shaa Allah.. Beberapa gambar yang sempat diambil di Kota Bharu.. Sekian.... |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - Blog Makanan di Kelantan"