Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - Blog Makanan di Kelantan

Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b> - Blog Makanan di Kelantan


Tempat Menarik, <b>Makan</b>-<b>makan</b>, Shopping-shopping <b>di Kelantan</b>

Posted: 11 Mar 2014 08:03 PM PDT

Assalammualaikum...

Cerita Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan diteruskan lagi untuk 2nd day.. Klik sini untuk baca cerita sebelumnya..

Pukul 8 pagi, kami dah keluar untuk breakfast di Kopitiam Kita.. Tempat ni memang famous giler di Kota Bharu ni.. Tapi nak diingatkan, memang kena datang seawal 8 pagi ya.. Sebab pukul 9 saja, banyak makanan dah habis dan silap2 kena queue kat luar sebab tak ada meja kosong.. hahaha... Ramai artis yang pernah datang sini.. Kita boleh tengok gambar2 yang dorang tampal kat dinding kedai.. Dato' Siti pon ada hokey...

 
En husband selfie dengan Dato' Siti...Verangan..

Terkenal dengan Roti Titab nya yang sedap, roti yang diletakkan telur separuh masak di tengah dan kaya di 4 penjuru roti.. Ada orang tak boleh telan, tapi aku dan anak2 ok aja...
Roti Titab

Selain roti titab, kat sini juga dorang himpunkan makanan terbaik di Kelantan ni.. Contoh, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk dan lain-lain.. Semua dah siap2 bungkus.. Makanan ni yang cepat habis kalau lambat, especially Nasi Tumpang... Nasi Tumpang ni adalah nasi impit.. Tapi yang menariknya, Nasi Tumpang ni dibungkus dalam daun pisang dan dibuat bentuk kon yang runcing.. Dalamnya dah siap2 diletakkan lauk dan serunding.. Memang sedap yang ini.. Mesti cuba ok.. Berebut2 orang ambil Nasi Tumpang ni...huhu.. Selain Nasi Tumpang, aku ada cuba Nasi Ayam Goreng, tapi rasanya biasa saja...huhu... Secara keseluruhan, breakfast di sini sangat sedap, aku bagi 5 bintang.. ;-)
Belakang husband aku ni, tempat dorang letak nasi2 yang siap dibungkus

Roti Titab dan Nasi Tumpang

Lepas breakfast, kami meneruskan perjalanan ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang... Tak sabar2 aku nak shopping.. hahah... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit dari Kota Bharu ke Rantau Panjang... Macam biasa la, dah nama pon zon bebas cukai, mesti lah kena lalu kastam kan...
Kota Bharu ke Rantau Panjang


Sebelum bershopping, kami bergambar dulu di Sungai Golok... Seberang Sungai Golok ni dah masuk kawasan Thailand la... Meremang gak bulu roma aku kat sini.. Rasa macam kat kawasan perang.. Mana tak nya, setiap 5 minit, ada sorang askar akan lalu lalang kat situ untuk pantau sempadan ni.. Siap bawa senapang lagi.. Sama juga di sempadan Thailand, pon ada askar dorang yang buat rondaan... Takut tak?... hahaha... Tapi anak aku selambe jek, dia tegur askar tu..

Adik: Kenapa dia bawak senapang?..
Ibu: Ohh..dia nak tembak orang jahat..
Adik: Mana ada orang jahat kat sini, semua orang baik..

Hahaha.. Mulia sungguh anak aku, bersangka baik pada semua orang... Tapi aku tengok, orang kat sini slambe jek keluar masuk Malaysia-Thailand.. Tak guna passport pon... huhu

Sungai Golok


Dah usha Sungai Golok, masa bershopping pula... Mula2 kami semua pergi ke kedai jual pinggan magkuk... Perghh.. Macam2 ada.... Kuali Tefal la, pinggan mangkuk la.. Harga hampir separuh dari harga pasaran.. Kawan aku beli la pinggan mangkuk, aku tak plan nak beli pon... Dapat juga laki aku beli mangkuk tingkat.. RM50 saja.. Kat kedai ni pon ada jual coklat, boleh la klo nak bagi officemate nanti...
Kedai jual pinggan mangkuk

Pastu baru kami shopping baju2.. Macam2 ada... Tapi banyak barang Siam.. Dah nama pon murah kan, so kualiti kureng la...haha.. Laki aku beli Jersey untuk dia, anak2 dan adik-beradik lelaki dia... murah2... Tapi Jersey ni pon ada grade tau... Yang bagus, mahal sikit la... Lepas tu, dia belikan baju anak2, baju otomen & upin ipin.. okey la untuk buat basahan... Aku pula, dapat beli tudung bawal RM25, baju2 kemeja & blouse RM22, kemeja jeans levis lelaki RM28, Jubah RM50... Baju2 budak pon aku dapat antara RM15 hingga RM18... Tapi memang panas la shopping kat sini, mandi peluh kitorang..hahah
 

Lepas habis shopping, kitorg pergi makan kat Noor Restoran di dalam kawasan Zon Bebas Cukai ni jugak.. Ramai cakap Tom Yam nya sedap.. Ok, memang sedap pon.... Lepas makan, kitorang pon balik.. Tapi bila lalu kat Kastam, pegawai nya tak tanya apa pon.. Kalau dorang tanya 'beli apa?', cakap jek 'beli baju untuk pakai sendiri'.. Untuk elak kena tax ok...

Ok la, selepas perabihkan duit di Rantau Panjang, kami balik ke Kota Bharu, tapi dalam perjalanan, kami singgah solat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau dikenali dengan nama Masjid Beijing).. Seriously, mula2 aku lalu, aku ingatkan tokong cina tadi.. Rupanya masjid... Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam..



Malamnya, kami dinner di Kahfi Tom Yam Seafood.. Makanan kat sini biasa2 saja.. Cuma yang specialnya, dorang ada jual belut... Kawan aku tu order sup belut, laki aku belut goreng.. Ok, aku pulak memang tak makan benda pelik2 ni... Tapi aku rasa sikit la.. Macam rasa ikan biasa jek.. hahahha...
Sup belut

Ok lah, cukup untuk 2nd day, lepas dinner, kami pon balik ke hotel dan rehat2.. Tak larat nak merayap lagi.. Kawan aku tu, masih meneruskan pencarian di Wakaf Che Yeh...huhu

Bersambung lagi...klik sini

0 Comment for "Tempat Menarik, Makan-makan, Shopping-shopping di Kelantan - Blog Makanan di Kelantan"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger