Blog Makanan di Kelantan

Blog Makanan di Kelantan ini adalah menceritakan tentang makanan - makanan yang istimewa dan sedap di negeri kelantan. Jom lawat.

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search

6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search


6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2014 11:16 PM PDT

Pesta <b>Makanan Tradisional Kelantan</b> 2014 - CutiKelantan.com

Posted: 02 Sep 2014 04:29 PM PDT

pesta makanan tradisional

Jom rasai pesta makanan tradisional Kelantan yang bertaraf hotel. Turut diadakan pelbagai acara menarik seperti persembahan kebudayaan, demo masakan, pertandingan mewarna. Turut serta acara Festival kenderaan klasik di mana pelbagai kenderaan lama akan dipertontonkan sebanyak 2000 buah meliputi kenderaan model volvo, volkswagen, vespa dan banyak lagi. Bermula 4 hingga 6 September 2014 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV. Dari jam 10.00pg hingga 11.00mlm.

festival kenderaan klasik

Founder. Blogger. Sahabat Media CutiKelantan.com
Penulis berasal dari Kelantan. Terlibat dalam penulisan pelancongan sejak 2011. Seorang yang enthusiasm dalam bidang pelancongan khususnya di Kelantan.

6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2014 11:59 PM PDT

Salam sejahtera buat pembaca blog CutiKelantan. Baru-baru ini, saya berpeluang menyertai program 'Kelantan Unique FAM Trip 2014′. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (16 Mei hingga 19 Mei) ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Firefly.

Apa yang dimaksudkan dengan FAM trip? 'FAM Trip' adalah singkatan bagi 'Familiarisation Trip', iaitu satu trip bertujuan mengenali negeri Kelantan Darul Naim menerusi keunikan produk pelancongan yang merangkumi elemen kebudayaan, warisan, sejarah, permainan tradisional, kraftangan, makanan tradisional, aktiviti masyarkat desa dan juga membeli belah. Kiranya semua keunikan negeri Kelantan dimasukkan dalam trip 4 hari 3 malam ini. Walaupun jadual trip 4 hari 3 malam agak padat, tetapi ia sangat menyeronokkan.

Selain wakil CutiKelantan, turut serta dalam program ini adalah terdiri dari wakil dan pengamal media, agensi pelancongan serta wakil Tourism seluruh Malaysia, wartawan majalah pelancongan dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan.

Walaupun saya warga Kelantan, namun hati tetap teruja untuk menyertainya disebabkan pelbagai aktiviti serta pengisian dan juga tempat-tempat menarik yang masih belum dilawati. Jadi, buat anda yang akan berkunjung ke Kelantan, itinerary 4 hari 3 malam ini boleh memberi anda idea untuk dimasukkan dalam jadual percutian and ke Kelantan. Jom ikuti travelog kami sepanjang program.

Day 1

Hari pertama, kami berlepas dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Firefly di Lapangan Terbang Subang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sejam kemudian. Sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh En Rosdi yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang program berlangsung. Hari pertama trip ini, kami menginap di Holiday Villa Hotel yang terletak berhadapan Pasar Wakaf Che Yeh.

holiday villa wakaf che yeh

Holiday Villa Hotel

Pada sebelah petang pula, kami ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik Volkswagen Combi untuk menikmati rojak atau dalam dialek kelantan dipanggil 'colek' dan juga pelbagai lagi makanan goreng-goreng celup tepung. Lebih kurang 4 tahun saya tidak ke Pantai Sri Tujuh. Kunjungan kali ini semestinya saya berpeluang melihat persekitaran yang sudah berubah dengan banyak restoran dibuka disamping suasana lebih meriah dengan kedatangan warga tempatan yang ingin menikmati angin pantai yang mendamaikan. Jika anda tidak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bolehlah ke Pantai Sri Tujuh untuk bersiar-siar pada sebelah petang sambil menikmati ICT (Ikan Celup Tepung). Memang terbaik.

volskwagen combi

Kami dibawa ke Pantai Sri Tujuh menaiki kenderaan klasik

ict pantai sri tujuh

Antara gerai ICT tepi muara di Pantai Sri Tujuh

makanan celup tepung

Pelbagai jenis makanan goreng-goreng celup tepung boleh didapati

Usai makan ICT di Pantai Sri Tujuh, kami pulang ke hotel penginapan dan berehat. Pada sebelah malam pula, kami ke Taman Kelip-Kelip atau dinamakan Min House Camp. Min House Camp adalah sebuah kawasan perkampungan melayu Kelantan yang terletak di Kubang Kerian. Tarikan utama di sini adalah anda akan disajikan pemandangan dan suasana perkampungan melayu yang menarik terutamanya untuk melihat kelip-kelip bercahaya pada sebelah malam. Pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Lubuk Durian untuk melihat kelip-kelip bercahaya di sebalik deretan pokok bakau memang unik. Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana sedikit sahaja kelip-kelip muncul disebabkan hujan sebelum kami ke sana. Di sini juga terdapatnya perusahaan madu kelulut atau dipanggil madu Trigona. Min House Camp ini sangatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi untuk hari keluarga ataupun pelbagai kursus 'outdoor' secara berkumpulan.

Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang

Taman Kelip-Kelip pada sebelah malam. Suasana persekitaran lebih cantik pada waktu siang

taman keli-kelip kelantan

Min House Camp

nasi kerabu taman kelip kelip

Sampai sahaja di Min House Camp, terus menjamu selera nasi kerabu Kelantan.

bot min house camp

Peserta teruja menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip

madu kelulut

Madu kelulut yang diusahakan oleh pemilik Min House Camp

Selesai di Taman Kelip-Kelip, kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk bersiar-siar menikmati persekitaran pasar malam yang paling tersohor di Kelantan. Juga dipanggil 'uptown Kota Bharu'. Ramai juga sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk membeli pakaian di pasar Wakaf Che Yeh. Malam sudah lewat, kami terus ke hotel penginapan dengan hanya berjalan kaki sahaja.

wakaf che yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Day 2

Di hari kedua, kami checkout dari Hotel Holiday Villa dan terus menuju ke beberapa destinasi produk pelancongan tempatan seperti Nordin Batik, Goldsmith Maker, Kelantan Art Gallery, Baulu & Akok Cottage Industry dan A. Rahman Kayu Kraf.

nordin batik

Nordin Batik, antara nama yang popular dalam industri  batik di Kelantan

wisma nordin batik

Selain batik, pelbagai barangan dijual di Wisma Nordin Batik Kota Bharu

IMG_1473

Kedai pembuat emas yang kami lawati

IMG_1487

Berpeluang melihat bagaimana proses membuat barangan perhiasan bermula dari melebur sehingga membentuk cincin emas.

balai seni lukis kelantan

Rombongan seterusnya melawat Balai Seni Lukis Kelantan

permainan tradisional kelantan

Antara foto yang menarik minat saya. Himpunan permainan tradisional Kelantan

galeri seni lukis kelantan

Lukisan abstrak. Pelbagai lagi hasil seni yang dipamerkan di dalam balai ini

rahman kayu kraf

Melawat A. Rahman Kayukraf. Tukang membuat dan mereka bentuk ukiran kayu

congkak naga

Contoh hasil seni ukiran di Rahman Kayukraft yang siap untuk dijual.

Tiba waktu tengah hari, semua sudah tidak sabar untuk menjamu selera nasi kerabu ayam percik. Kami singgah 'lunch' di Warung Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Kelantan.

IMG_1546

Warung Yati Ayam Percik

IMG_1531

Nasi Kerabu Yati yang sungguh menyelerakan

IMG_1529

Ayam Percik dengan sosnya yang lemak berkrim.

IMG_1554

Selesai menjamu selera. Nampaknya semua peserta berpuas hati dengan rasa makanan di sini.

Selepas selesai bersiar di sekitar Kota Bharu, rombongan kami terus menuju ke Tok Bali, Kelantan untuk menginap di resort Tok Aman Bali. Perjalanan memakan masa 45 minit dari Kota Bharu. Sebelum sampai di resort Tok Aman, kami singgah terlebih dahulu di Sudara Resort untuk jamuan 'Hi-Tea' dan beberapa aktiviti menarik di sana.

IMG_1612

Hi-Tea di Sudara Resort, kami disajikan dengan persembahan kebudayaan

IMG_1608

Antara makanan tradisional Kelantan di Sudara Resort. Semuanya sedap-sedap belaka

tok aman bali resort

Kami sampai di Tok Aman Bali Resort pada sebelah petang. Resort Tok Aman satu-satunya resort 4 bintang di Kelantan

IMG_1639

Aktiviti mandi-manda menjadi satu kemestian jika menginap di resort ini

Buffet ikan bakar di Tok Aman Bali Resort

Buffet ikan bakar di Tok Aman Bali Resort

Day 3

Selepas bersarapan pagi dan checkout di Tok Aman Bali, kami terus ke Kota Bharu untuk aktiviti 'fun ride' dengan mengayuh basikal sejauh 8 KM melawat beberapa kawasan pelancongan di sekitar Kota Bharu seperti Zon Pelancongan Kota Bharu, Kelantan Match Factory, Malay Village, Batik Industry, Cik Minah Songket dan Wau Maker.

zon pelancongan

Sesi taklimat sebelum aktiviti kayuh basikal bermula

conteng batik

Kami berpeluang melihat secara dekat proses menghasilkan kain batik secara tradisional

kelantan match factory

Kilang mancis Kelantan. Rupanya masih beroperasi sehingga kini

mancis cap lada

Mancis ini ada dijual dimana-mana. Kilangnya hanya di Kelantan

songket

Melawat Cik Minah Songket untuk melihat proses penghasilan kain songket

che minah songket

Kedai Cik Minah Songket

galeri wau pak sapie

Mengunjungi Galeri Wau Pak Sapie

pembuatan wau

Pelbagai jenis wau yang dihasilkan terdapat di galeri ini.

IMG_1862

Semua peserta 'enjoy' dengan aktiviti kayuhan walaupun agak kepenatan dengan terik mentari.

cikgu garden

Hilang haus apabila dapat minum air kelapa muda di Cikgu Garden Chalet

homestay cikgu

Cikgu Garden Chalet. Homestay dengan suasana perkampungan melayu yang bersih dan menyegarkan.

Lebih kurang jam 2 petang, peserta sudah keletihan dan kami terus check in di Hotel Perdana. Pada petang tersebut, kami di bawa ke PCB resort untuk jamuan Hi-Tea di samping menyaksikan acara tradisional masyarakat Kelantan iaitu Gasing Terbang dan Sepak Raga.

Hotel Perdana Kota Bharu. Bertaraf 5 bintang

Hari terakhir kami menginap di Hotel Perdana Kota Bharu yang bertaraf 5 bintang

gasing terbang

Pertunjukan gasing terbang di PCB Resort

sepak raga

Aktiviti sepak raga dalam bulatan

Pada sebelah malamnya pula, kami berpeluang merasai salah satu menu unik di Kelantan iaitu meggi ketam. Sebelum ini, saya sudah mencubanya di Tok Bali, kali ini kami ke Indra Tom Yam di Pasir Pekan.

indra tomyam

Restoran Indra Tom Yam Pasir Pekan yang menyedikan menu berasaskan ketam

meggi ketam

Meggi Ketam di Indra Tom Yam

Selesai mengisi perut, rombongan melawat Galeri Wayang Kulit Pak Daim. Peserta berpeluang menyaksikan plot drama wayang kulit yang dimainkan di sini.

galeri wayang kulit

Galeri Wayang Kulit Pak Daim

wayang kulit pak daim

Persembahan Wayang Kulit

Usai aktiviti wayang kulit, semua sudah kepenatan dan terus balik ke Hotel Perdana untuk tidur.

Day 4

Pada hari keempat iaitu hari terakhir trip ini, kami bersarapan di Hotel Perdana terlebih dahulu sebelum aktiviti terakhir iaitu melawat Pasar Siti Khadijah.

Semua peserta bergambar kenangan di Hotel Perdana

Semua peserta sempat bergambar kenangan di Hotel Perdana

Sebelum pulang, rombongan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk aktiviti membeli-belah. Lawatan ke Pasar Siti Khadijah pada hari terakhir memang sesuai memandangkan banyak juga barangan yang boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai kenangan seperti pakaian, kain batik, kain sarung, keropok, dodol dan pelbagai lagi makanan kering. Cubalah juga menikmati pelbagai juadah kuih muih tradisional di tingkat 1 Pasar Siti Khadijah ataupun mencuba pelbagai jenis menu di medan selera tingkat 2. Antara menu kegemaran saya apabila berkunjung ke medan selera Pasar Siti Khadijah ialah mee celup, mee sup ataupun sup perut. Memang terbaik.

kuih muih pasar siti khadijah

Aneka kuih muih di Pasar Siti Khadijah. Sungguh menyelerakan

pasar siti khadijah

Suasana di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah

Selepas aktiviti membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, kami terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menaiki pesawat dan pulang ke destinasi masing-masing. Trip selama 4 hari 3 malam kali ini sememangnya memberi kepuasan kepada semua peserta. Rata-rata rakan yang saya temui mengakui bahawa Kelantan memang kaya dengan keunikannya yang tersendiri, yang tidak terdapat di negeri lain. Yang paling digemari, sudah tentulah aktiviti makan-makan dan membeli-belah.

Penulis ingin merakamakan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Tourism Malaysia Kelantan serta syarikat penerbangan Firefly. Tak lupa En Rosdi sebagai Tourist Guide yang sentiasa melayan pelbagai karenah kami dan terima kasih juga kepada pihak Hotel Holiday Villa, Sudara Resort, Tok Aman Bali Resort, PCB Resort serta Hotel Perdana dengan servis hospitaliti yang sememangnya terbaik.

0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"

 
Copyright © 2015 Blog Makanan di Kelantan - All Rights Reserved
Template By. Blogger