6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search |
- Aku adalah RAZZWEY: Apa Yang RZ <b>Makan di Kelantan</b> <b>...</b>
- Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b>
- 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog <b>...</b>
- b - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog <b>...</b>
- 6c) <b><b>Makanan tradisional di Kelantan</b></b> - 6c) Makanan <b>...</b>
Aku adalah RAZZWEY: Apa Yang RZ <b>Makan di Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 01 Jun 2015 08:45 PM PDT Assalamualaikum semua, Kembali lagi dengan siri kedua bagi entry 'Apa Yang RZ Makan di Kelantan'. Jika dalam entry yang sebelum ini RZ menceritakan tentang hidangan di hari pertama di Kelantan, kali ini RZ akan berkongsi dengan korang apa yang RZ makan pada hari kedua dan hari terakhir sepanjang berada di Kelantan. Takpe, jangan susah-susah nak cari entry tu, klik saja kat "SINI", hehehe.
Hari kedua Menginap di Hotel Perdana Kota Bharu, dimulakan dengan bersarapan di Cerana Coffee House dengan berlatarbelakangkan kolam renang. RZ sangat teruja tentang apa menu sarapan di meja buffet pagi ini. Ooohhhh, kita ada... NASI KERABU
Haaaa, nasi kerabu Cerana Coffee House ini memang sangat menggiurkan dan menggoda nafsu makan RZ. Dengan daging bakarnya, ayam, telur masin, kelapa, sayuran, kuahnya dan jangan dilupakan, BUDU!! RZ terlihat juga beberapa rakan blogger 'tambah nasi' beberapa kali. Haaaa nampak tak betapa sedapnya penangan nasi kerabu Cerana Coffee House? Hingga RZ juga turut 'tambah nasi' sama, hahahaa.
RZ juga berpeluang untuk mencuba satu hidangan yang bagi RZ, agak baru juga yang diberi nama... NASI TUMPANG
Pada mulanya melihat rupa makanan yang dibalut dengan daun pisang dan dibentuk seperti bentuk kon, RZ menyangkakan bahawa ia adalah tapai. Ini ialah Nasi tumpang yang sebenarnya terkenal dikalangan warga tempatan. Kenapa namanya dipanggil nasi tumpang? Kerana dalamnya ada beberapa lauk juga di dalam balutan daun pisang ini yang dimasak bersama-sama. Ala2 menumpang gitu… haaaa…
Untuk mengetahui ke mana kitorang pergi semasa Perdana Trail? klik SINI ye? hehehe... Tempat makan pertama yang menjadi persinggahan kitorang ialah... KEDAI KOPI DIN TOKYO
Melangkah masuk ke dalam Kedai Kopi Din Tokyo sememangnya tidak sama seperti kedai kopi yang lain kerana tidak ada meja bulat, tidak ada bangku kayu single, bangku plastik, kerusi ikea juga tidak ada, hehehe. Jika korang masih ingat bagaimana bangku kayu panjang seperti di kantin sekolah dulu, haaa begitulah korang akan menikmati juadah di sini.
Nampak tak? takde meja kan? semua duduk sebaris je. (abaikan kak miera nadhirah yang sedang posing tu, hahaha) Kedai Kopi Din Tokyo selain dari menghidangkan makanan seperti nasi campur, nasi berlauk, ia juga terkenal dengan hidangan telur yang diberi nama TELUR TALIBAN dan TELUR PING PONG. Jangan pelik, beza antara kedua-duanya, TELUR TALIBAN sebenarnya adalah TELUR SEPARUH MASAK manakala TELUR PING PONG pula ialah TELUR 3/4 MASAK, hahahaa. Rasanya? telur dan tentulah rasa telur kan? hahahaha. Korang boleh makan bersama kicap manis, serbuk lada hitam, lada putih atau dimakan begitu saja pun boleh. Inilah dia TELUR PING PONG
Takkan makan saja kan? mesti nak order air juga kan? Kedai Kopi Din Tokyo juga terkenal dengan minuman 'signature'nya iaitu TEH HALIA TELUR BURUNG PUYUH dan TEH TARIK HALIA. Mula-mula bila dapat tahu pasal Teh Halia Telur Burung Puyuh, RZ rasa ragu-ragu juga, sedap ke?? boleh tahan ke bau halia tu? Macam mana rupanya? Haaaa macam-macam dalam kepala RZ tau? Namun RZ menyahut cabaran, belum cuba belum tahu kan?
Rasanya? Jauh menyimpang dari jangkaan RZ. Memang sedap, baunya juga tidak memualkan, wangi. Cawan Teh Halia Telur Burung Puyuh RZ 'bocor' sekejap saja, 'Bocor' ke dalam perut RZ sebenarnya, hahaha. Teh Halia Telur Burung Puyuh ini adalah 'Must try item' apabila anda singgah ke Kedai Kopi Din Tokyo. Tapi tungu, ada lagi tau? Kita tak cuba lagi Teh Tarik Halia, bagaimana pula rasanya? Selesai RZ menyelesaikan Telur Ping Pong dan Teh Halia Telur Burung Puyuh, RZ order pula Teh Tarik Halia yang juga terkenal di sini.
Menurut pemilik Kedai Kopi Din Tokyo yang lebih mesra disapa sebagai 'Abe Din', teknik 'menarik' teh ini dipanggil "teh tarik dangdut", hahaha. Bukan kerana semasa 'menarik' Abe Din ni sedang bergelek dangdut, salah tu, tapi kerana teh yang turun dari gelas di atas ke bawah adalah secara 'spiral' atau sedikit melingkar ala-ala rupa air pancut kolam KLCC gitu, hahaha. Rasanya Abe Din ni boleh masuk pertandingan Raja Tarik kot? hehehe.
Rupanya seperti teh tarik biasa saja, tapi rasa halia yang seimbang dengan rasa teh membuat RZ suka akan Teh Tarik Halia Kedai Kopi Din Tokyo.
Terima kasih Abe Din kerana sudi melayan karenah kitorang yang 1001 macam pe'el ni. Lain kali kami datang lagi kita berdangdut sama-sama ye? Ehhh!!!! Hahahaha. Ke mana pula kita untuk makan tengahari? Kami dibawa ke Kampung Kraftangan untuk menikmati hidangan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Tempat persinggahan seterusnya ialah NASI ULAM CIKGU
Masuk saja ke perkarangan Kampung Kraftangan, anda akan melihat pelbagai hasil kraf dijual seperti hiasang dinding, perhiasan meja, gambar, key chain, pakaian dan banyak lagi.
Disebalik gerai-gerai yang menjual hasil kraf anak tempatan, tak sedar pula yang kita telah tiba di destinasi yang seterusnya iaitu... NASI ULAM CIKGU Agak mengejutkan, kerana suasana di Nasi Ulam Cikgu adalah sangat sesak dengan pengunjung yang tidak putus-putus datang, malah ada yang sanggup menunggu pengunjung lain selesai makan untuk mendapatkan tempat duduk. Mesti ada yang luar biasa dengan Nasi Ulam Cikgu ni kan?
Nak tahu apa yang istimewa di Nasi Ulam Cikgu? Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Nasi Ulam Cikgu menawarkan hidangan yang kelihatan simple tapi serius, mampu membuatkan RZ menambah nasi sehingga 3 kali. Kali pertama juga RZ makan budu dengan sepuas hati, buat gaul nasi tu! hahahaa. Ikan keli goreng sebesar lengan , sangat rangup, macam makan keropok pula, sedapnya hingga terpaksa berebut kepala ikan dengan Kak Nik dek kerana kelazatannya, hahaha. Dan buat pertama kali juga RZ makan buah tembikai bersama dengan nasi, kelihatan pelik bagi sesetengah orang, tapi ia adalah satu perkara yang biasa di sini. Korang pun boleh cuba makan tembikai dengan nasi, layan juga tau! hohoho. Akhirnya, masing-masing terpaksa melonggarkan sedikit tali pinggang kerana terlalu kenyang, hehehe. Terima kasih Nasi Ulam Cikgu, memang terbaik!!! Berpeluang untuk berehat pada sebelah petang digunakan sebaiknya, rata-rata masuk bilik terus pengsan kerana keletihan dan kekenyangan, hahaha. Dalam pada itu juga, semua sedang menyiapkan perut untuk makan malam pula. Pada sebelah malamnya, kami berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Perdana Trail, bertempat di ruang legar kolam renang Hotel Perdana Kota Bharu. Disajikan dengan gimik pelancaran yang unik, dan persembahan dikir barat oleh kakitangan Hotel Perdana Kota Bharu, berbakat sungguh warga Hotel Perdana Kota Bharu ni kan?
Makan malam kali ini sedikit berbeza daripada biasa, iaitu selain dari menu buffett yang disediakan, disediakan juga ruangan untuk memanggang berbagai jenis makanan laut yang segar, seperti ikan merah, ikan kembung, sotong, udang, fillet ikan perghhh!!! Memang terbaik!
Sate pun ada juga, sedap!
Menuju ke hari terakhir di Kelantan, kami masih mengekalkan tradisi sarapan bersama-sama di tepi kolam, hehehe. Di Cerana Coffee House semestinya, hehehe. Di hari terkahir ini Meja buffett diserikan dengan makanan tradisi Nasi Minyak Berlauk, memang terbaik!
Selain dari itu RZ juga mencuba roti jala cicah kari ayam, sedap! roti jala pula dibuat atas permintaan, maknanya anda makan roti jala secara fresh dan panas dari kuali. Kuah kari ayam memang sedap, terangkat!
Selesai sarapan, kami semua bersiap sedia untuk aturacara yang seterusnya iaitu 'MY PERDANA TOP 10' (yang ini RZ akan ceritakan di entry yang lain ye?). sambil itu boleh lah menyiapkan perut untuk makan tengahari pula ye? Di mana kita akan menikmati makan tengahari kali ini? Cerana Coffee House? Restoran eLeven? Bukan... Kita akan menjamu selera di Restoran Jade, yang juga terletak di dalam Hotel Perdana Kota Bharu.
Masakan Cina dan Thai yang dihidangkan sememangnya amat amat sedap, hingga ada meminta untuk tambah nasi sehingga 3 kali! (bukan saya tau?). Sup Tom Yam sangat PERFECT!!!!
Bagi hidangan di Restoran Jade, RZ bagi 5 bintang! 5 bintang juga untuk Cerana Coffee House! Dan Restoran eLeven, juga 5 bintang! (dah macam juri maharaja lawak pula rasanya bagi bintang ni, hahaha). Demikianlah part 2 bagi 'Apa Yang RZ Makan di Kelantan', sejujurnya RZ rasa ada banyak lagi makanan yang RZ belum cuba di Kelantan, tapi apa yang RZ sudah rasa setakat ini menunjukkan bahawa Kelantan memang kaya dengan 1001 jenis makanan yang menyelerakan. InsyaAllah jika berpeluang untuk ke Kelantan sekali lagi, Hotel perdana Kota Bharu memang akan menjadi lokasi penginapan pilihan RZ. Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu kerana menyediakan hidangan yang terbaik buat kami, penginapan yang terbaik dan hospitality yang sangat cemerlang. Terima kasih juga kepada Destination Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri keenakan makanan di Kelantan, menikmati keindahan Kelantan dan mengenali wajah Kelantan yang kaya dengan agama, budaya dan makanannya. ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Older Post - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog <b>...</b> Posted: 21 Apr 2015 11:23 PM PDT Masa aku ke Kelantan tempoh hari, ada beberapa orang yang pesan kalau pergi Kelantan, jangan miss satu pun makanan Kelantan. Kalau tak menyesal bila sampai Kulompo, teringat-ingat kat makanan tu. Benarkah? Apa yang istimewa sangat makanan di negeri cik Siti Wan Kembang ni sampai ada yang cakap, "Setiap kali ke sana je mesti naik berat badan". Terus aku jadi takut nak ke sana. Hahaha. Tapi ramai yang salah anggap. Diorang ingat 'naik badan' tu disebabkan kemanisan yang terdapat dalam setiap makanan yang ada kat sana. 10% aku setuju sebab manis dan sebab lain adalah negeri Kelantan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan memikat selera. Sungguh !!! Melangkah kaki ke negeri ini, buat aku rambang mata dan 'tamak'. Nak makan itu, nak makan ini.. Nak rasa itu, nak rasa ini.. Eh, semualah aku nak makan. Balik menangis sebab berat bertambah. Kwang, kwang, kwang. T_T Dan hari ni, aku pula nak ajak korang try makanan-makanan tradisi Kelantan. Siap sedialah korang. Hahaha. By the way, ini baru separuh tau. Banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak larat aku nak try. MAKANAN KELANTAN 1) Kuih Tepung Gomak __________________________________ 2) Budu __________________________________ 3) Kuih Buah Tanjung __________________________________ 4) Nasi Kerabu & Ayam Bakar __________________________________ 5) Maggi Ketam __________________________________ 6) Nasi Tumpang __________________________________ 7) Sira Ubi __________________________________ 8) Cili Percik __________________________________ 9) Tahi Itik & Buah Tanjung __________________________________ 10) Labu Sira __________________________________ 11) Pulut Bakar __________________________________ 12) Pulut Ikan dan Kelapa __________________________________ 13) Bubur Syura Kelantan __________________________________ 14) Kosui __________________________________ 15) Lompat Tikam __________________________________ 16) Akok __________________________________ 17) Etok __________________________________ 18) Nasi Dagang __________________________________ 19) Coleq __________________________________ Haaa, ini baru 19 jenis dan ada banyak lagi makanan Kelantan. Kalau nak tahu selebihnya, kenalah datang Kelantan. Memang confirmlah terliur. Semuanya sedap dan pelbagai rasa. Kalau datang sehari dua pun, belum tentu dapat cover kesemua makanan di negeri Kelantan. "Beli, Beli ..." ______________________________ Ini adalah sebahagian dari trip Sahabat Media ke Negeri Kelantan. Kisah Tatie mengucapkan ribuan terima kasih kepada majalah Santai Travel dan Tourism Malaysia Kelantan kerana sudi menjemput KT untuk menyertai trip ini. ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog <b>...</b> Posted: 10 Apr 2015 11:53 PM PDT Masa aku ke Kelantan tempoh hari, ada beberapa orang yang pesan kalau pergi Kelantan, jangan miss satu pun makanan Kelantan. Kalau tak menyesal bila sampai Kulompo, teringat-ingat kat makanan tu. Benarkah? Apa yang istimewa sangat makanan di negeri cik Siti Wan Kembang ni sampai ada yang cakap, "Setiap kali ke sana je mesti naik berat badan". Terus aku jadi takut nak ke sana. Hahaha. Tapi ramai yang salah anggap. Diorang ingat 'naik badan' tu disebabkan kemanisan yang terdapat dalam setiap makanan yang ada kat sana. 10% aku setuju sebab manis dan sebab lain adalah negeri Kelantan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan memikat selera. Sungguh !!! Melangkah kaki ke negeri ini, buat aku rambang mata dan 'tamak'. Nak makan itu, nak makan ini.. Nak rasa itu, nak rasa ini.. Eh, semualah aku nak makan. Balik menangis sebab berat bertambah. Kwang, kwang, kwang. T_T Dan hari ni, aku pula nak ajak korang try makanan-makanan tradisi Kelantan. Siap sedialah korang. Hahaha. By the way, ini baru separuh tau. Banyak lagi sebenarnya.. Tapi tak larat aku nak try. MAKANAN KELANTAN 1) Kuih Tepung Gomak __________________________________ 2) Budu __________________________________ 3) Kuih Buah Tanjung __________________________________ 4) Nasi Kerabu & Ayam Bakar __________________________________ 5) Maggi Ketam __________________________________ 6) Nasi Tumpang __________________________________ 7) Sira Ubi __________________________________ 8) Cili Percik __________________________________ 9) Tahi Itik & Buah Tanjung __________________________________ 10) Labu Sira __________________________________ 11) Pulut Bakar __________________________________ 12) Pulut Ikan dan Kelapa __________________________________ 13) Bubur Syura Kelantan __________________________________ 14) Kosui __________________________________ 15) Lompat Tikam __________________________________ 16) Akok __________________________________ 17) Etok __________________________________ 18) Nasi Dagang __________________________________ 19) Coleq __________________________________ Haaa, ini baru 19 jenis dan ada banyak lagi makanan Kelantan. Kalau nak tahu selebihnya, kenalah datang Kelantan. Memang confirmlah terliur. Semuanya sedap dan pelbagai rasa. Kalau datang sehari dua pun, belum tentu dapat cover kesemua makanan di negeri Kelantan. "Beli, Beli ..." ______________________________ Ini adalah sebahagian dari trip Sahabat Media ke Negeri Kelantan. Kisah Tatie mengucapkan ribuan terima kasih kepada majalah Santai Travel dan Tourism Malaysia Kelantan kerana sudi menjemput KT untuk menyertai trip ini. ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b - 6c) <b>Makanan tradisional di Kelantan</b> - Google Blog Search - Blog <b>...</b> Posted: 29 Mar 2014 11:35 PM PDT ![]()
Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam. Sharing is caring posted from Bloggeroid ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6c) <b><b>Makanan tradisional di Kelantan</b></b> - 6c) Makanan <b>...</b> Posted: 23 Mar 2014 11:44 PM PDT ![]()
Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam. Sharing is caring posted from Bloggeroid ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search"